
Selepas harga melonjak naik ke tahap 1.0087 dan gagal untuk mencapai tahap yang lebih tinggi pada hari semalam, pasangan mata wang tersebut telah ditutup pada tahap 1.0022 sekaligus menunjukkan carta lilin 'Inverted Hanging Man' yang mana mengambarkan penolakan penurunan harga.
Tahap sasaran diletakkan pada tahap 0.9960 selagi senario penurunan harga ini masih sah berikutan oleh pengukuhan harga di bawah tahap 1.0080.
Minggu lepas reaksi kenaikkan harga yang jelas ditunjukkan ke arah tahap 0.9930 (beberapa pip di atas 0.9920, tahap kemasukan yang telah kami nyatakan) yang telah membawa kepada penutupan harian pada 0.9978, iaitu di atas Tahap Fibonacci 50% di sekitar tahap 0.9955 yang merupakan isyarat kenaikkan harga.
Pasangan mata wang USD/CAD kini didagangkan di atas tahap 0.9955 (50% Fibonacci), yang mana ia telah menghasilkan sokongan sementara bagi pasangan tersebut untuk minggu ini. Walau bagaimanapun, pengukuhan kenaikkan harga di atas 0.9990 adalah perlu untuk membolehkan kenaikkan harga mendominasi.
Pasangan mata wang USD/CAD bergerak naik dengan ketara pada minggu lalu sekaligus menolak di atas tahap halangan psikologi pada 1.0000. Pergerakkan arah atas telah berterusan sehingga ke arah 1.0100 dan pergerakkan kenaikkan harga adalah berkemungkinan kekal sah kecuali apabila tahap 0.9920 - 0.9960 telah ditembusi.
Tindakan penurunan harga yang jelas telah kelihatan disekitar tahap harga 1.0100, yang mana ia telah ditunjukkan didalam cartalilin harian 'Inverted Hanging Man' yang memberikan kita petanda awal bahawa momentum kenaikkan harga telah berkurangan. Oleh kerana itu, tindakan harga di sekitar tahap 1.0100 harus perhatikan dengan teliti.
Sokongan: 1.0010, 0.9960, 0.9920, dan 0.9830.
Rintangan: 1.0060, 1.0100, 1.0155, 1.0205, dan 1.0270.
