logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 Disember 2020

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 Disember 2020

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Aliran menaik euro aktif di pasaran semalam, akibatnya pasangan mata wang EUR/USD meonjak naik sekitar 40 pip, meneruskan trend kenaikan harga. Berita bahawa Amerika Syarikat merancang untuk menerima pakej bantuan ekonomi lain secara berasingan (bernilai kira-kira $1 trilion) juga memberi tekanan kepada Dolar AS, sementara data terbaru mengenai ekonomi Eropah, sebaliknya, menyokong euro. Semua ini membawa kepada penembusan harga pada tahap teknikal angka ke-20, yang membatalkan rancangan kebanyakan penjual untuk pembetulan menruun pada akhir tahun ini. Berita positif mengenai vaksin COVID-19 juga memberi sokongan kepada aset berisiko.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 Disember 2020

Cadangan perdagangan untuk 2 Disember

Banyak laporan ekonomi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, salah satunya adalah harga pengeluar di zn Eropah, yang seharusnya mencatatkan bacaan agak lemah. Kadar pengangguran juga cenderung untuk meningkat disebabkan oleh pandemik coronavirus, tetapi hal ini tidak mungkin memberi tekanan yang signifikan pada trend menaik semasa euro. Laporan ADP mengenai keadaan pasaran buruh AS juga sedikit sebanyak akan mengurangkan optimisme kenaikan euro, demikian juga dengan kenyataan wakil Fed yang akan datang. Hanya berita buruk mengenai Brexit yang akan memberikan ancaman kepada mata wang euro hari ini.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 Disember 2020

  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila euro mencapai tahap 1.2087 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.2127. Namun, pertumbuhan harga akan berlaku hanya jika laporan inflasi di zon Eropah mencatatkan bacaan yang lebih baik berbanding ramalan, dan jika data yang baik diterbitkan di pasaran tenaga kerja EU.
  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila euro mencapai tahap 1.2065 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2029. Namun, anda hanya boleh melakukan ini hanya jika data ekonomi zon Eropah merekodkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan, dan jika risiko tidak menandatangani perjanjian perdagangan pasca-Brexit meningkat.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Perjuangan yang kuat terjadi antara pembeli dan penjual pound semalam, akibatnya, kedua-dua pesanan membeli dan menjual memberikan keuntungan yang baik di pasaran. Di sebelah pagi, pesanan membeli pada tahap 1.3377 mendorong pertumbuhan mata wang sebanyak 20 pip, tetapi di sebelah petang, harga turun sekitar 30 pip dari tahap 1.3353. Namun, pada kenyataannya, pergerakannya hanya sekitar 20 pip, kerana pound tidak mencapai nilai sasaran.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 Disember 2020

Cadangan perdagangan untuk 2 Disember

Pound akan terus bergerak bergantung pada kemajuan rundingan Brexit. Semalam, ketua Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen, memperhatikan pentingnya mencapai kesepakatan, menunjukkan risiko yang mungkin dihadapi oleh EU dan UK jika tidak ada kompromi yang dicapai, yang memberikan tekanan sementara ke atas mata wang pound. Oleh itu, jika berita positif dikeluarkan, iaitu perjanjian perdagangan di antara UK dan EU selepas Brexit, pasaran akan menyaksikan kenaikan segera pound. Tetapi jika diumumkan sekali lagi bahawa kedua-dua pihak gagal membuat konsesi, tekanan terhadap mata wang akan meningkat.

Analisis dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 2 Disember 2020

  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan pembelian apabila sebut harga mencapai tahap 1.3438 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3525 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Berita baik mengenai Brexit akan menyokong pertumbuhan mata wang pound Britain.
  • Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan penjualan apabila sebut harga mencapai tahap 1.3404 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.3305. Berita buruk mengenai Brexit akan meneruskan trend menurun pasangan mata wang GBP/USD.
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan