logo

FX.co ★ Analisis AUD/JPY untuk 18 Februari, 2013

Analisis AUD/JPY untuk 18 Februari, 2013

Analisis AUD/JPY untuk 18 Februari, 2013

AUD/JPY Gelombang Elliott
Pada minggu lalu pasangan mata wang AUD/JPY telah berdagang dengan pergerakkan arah bawah, membangunkan gelombang impulsif (1) (berwarna hijau) gelombang yang lebih besar (C)(berwarna merah). Semasa sesi Asia hari Jumaat, pasangan mata wang AUD/ JPY telah menolak sedikit lebih rendah dan harga telah mencecah tahap 95.52, maka, kita boleh mengambil kira pergerakan ini sebagai pengakhiran bagi gelombang (1)(berwarna hijau). Oleh kerana itu, semasa sesi Eropah dan New York, pasangan mata wang eksotik ini tidak berjaya untuk mencapai tahap ini dan harga mula melonjak ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menembusi tahap tinggi baru pada 96.68. Kini, pasangan mata wang AUD/JPY berdagang disekitar tahap 97.75 dan kita menjangkakan akan melihat harga berada di bawah tahap 94.60 apabila pembangunan gelombang (3)(berwarna hijau) berakhir. Selaras dengan peraturan gelombang kita dan mengambil kira bahawa gelombang 3 perlu menjejaki semula 161.8% pada gelombang 1, maka, kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan meletakkan take profit pada tahap 94.55 (161.8% pada gelombang 1). Untuk mengurangkan risiko, kita boleh menggunakan terbatalnya pada tahap 97.43 sebagai stop loss.

Sokongan dan Rintangan
(S3) 95.02 (S2) 95.46 (S1) 95.74 (PP) 96.18 (R1) 96.62 (R2) 96.90 (R3) 97.34

Ramalan Dagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliott pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakakn pergerakkan arah bawah. Itulah sebabnya kedudukan jual berada pada tahap 96.50 dengan stop loss berada di tahap 97.43 dan take profit pada tahap 94.55 adalah dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan