logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott Bagi EUR/NZD 19 Februari, 2013

Analisis Gelombang Elliott Bagi EUR/NZD 19 Februari, 2013

Analisis Gelombang Elliott Bagi EUR/NZD 19 Februari, 2013

Tahap Sokongan dan Rintangan:

S1: 1.5809 R1: 1.5877

S2: 1.5764 R2: 1.5940

S3: 1.5723 R3: 1.6005

Gambaran Teknikal:

Kami hanya dapat melihat pergerakkan arah atas ke tahap 1.5858 dan diikuti oleh sedikit pembetulan ke arah bawah pada tahap 1.5764. Persoalannya, adakah dengan hanya pembetulan ini sudah mencukupi? Kita perlu untuk mengiyakan, meskipun terdapat kemungkinan bahawa akan ada pembetulan yang lebih dalam. Kami mendapati bahawa gelombang dua pada pasangan mata wang ini berpotensi untuk menjadi sangat cetek dan hanya penarikan semula harga yang minimum diperlukan, maka kita akan lebih berhati-hati untuk menembusi di atas tahap 1.5848 yang mana ia akan mengesahkan kenaikkan harga seterusnya ke tahap yang lebih tinggi ke arah 1.5947 dan 1.6088. Walau bagaimanapun, terdapat risiko pada penembusan di bawah tahap 1.5764 yang mana ia akan memanggil untuk pembetulan lebih dalam ke arah tahap 1.5745 dan mungkin juga ke tahap 1.5723 sebelum pergerakkan ke tahap lebih tinggi seterusnya.

Cadangan Dagangan:

Kami telah membeli mata wang EUR pada tahap 1.5770 dan meletakkan stop loss pada tahap 1.5635. Sekiranya anda masih belum membeli mata wang EUR lagi, ambil kedudukan beli sebaik sahaja pasangan mata wang menembusi di atas tahap 1.5848 dengan kedudukan stop loss yang sama.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan