logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 19 Februari, 2013

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 19 Februari, 2013

Analisis Teknikal Bagi Urusniaga Harian GBP/USD dan Cadangan Dagangan untuk 19 Februari, 2013

Pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi garisan arah aliran menaik jangka panjang yang bergerak menghampiri tahap 1.6000 sekaligus mengesahkan corak "Giant Double Top" yang mensasarkan pada tahap 1.5330 selagi pasangan mata wang mengukuh di bawah neckline sekitar tahap 1.5830-1.5890.

Seperti yang telah dinyatakan pada minggu lalu bahawa zon harga di antara tahap 1.5550-1.5490 harus diperhatikan untuk tindakan harga sebagaimana pasangan mata wang berpotensi untuk mendapatkan sokongan yang agak kuat pada tahap tersebut.

Semalam, pasangan mata wang bergerak turun ke arah tahap 1.5437 yang mana ia adalah bertepatan dengan tahap rendah 25 Julai yang lalu (1.5450) yang perlu diperhatikan, maka pasangan mata wang ini mempunyai sokongan pada tahap 1.5390 bersamaan tahap rendah 12 Julai.

Cartalilin harian semalam menunjukkan penolakan kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang telah ditutup pada tahap 1.5465 yang mana ia masih lagi merupakan penurunan harga.

Zon rintangan pertama yang akan dinyatakan terletak pada tahap 1.5550 dan 1.5570.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan