logo

FX.co ★ Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Pasangan mata wang GBP/USD – Carta 1 Jam.

Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Selamat petang semua! Pada carta 1 Jam, pasangan mata wang GBP/USD ini diterbalikkan membantu pound sterling untuk mengukuh dan meneruskan pergerakan menaik. Kemudian, ia mengukuh di atas garis arah aliran menurun dan tahap pembetulan 100.0% - 1.3625. Oleh itu, sentimen keseluruhan kini meningkat. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan mencapai tahap 1.3698-1.3744 dan lebih tinggi. Pertumbuhan mata wang pound sterling sebahagian besarnya didorong oleh ucapan Gabenor Bank of England (BoE), Andrew Bailey. Bailey mengatakan bahawa Bank of England tidak akan mendorong kadar faedah di bawah sifar dalam masa terdekat kerana terdapat banyak masalah dengan mereka. Pedagang segera bertindak balas terhadap kenyataan ini. Sejak minggu lalu, mata wang Britain kebanyakannya diniagakan lemah. Pada masa ini, ia bersedia untuk meneruskan pergerakan menaik. Masih tidak jelas sama ada rali semasa hanya bersifat sementara atau tidak. Namun, jika pasangan mata wang ini mencapai tahap 1.3700, itu akan menjadi satu petanda yang baik. Pasangan mata wang ini pernah gagal untuk menembusi tahap ini. Sekiranya ia mengukuh di atas tahap ini, ia akan meningkatkan kebarangkalian pergerakan menaik. Walau bagaimanapun, jangan lupa bahawa perintah berkurung ketiga kini sedang berlangsung di UK, dan keadaan epidemiologi tidak bertambah baik. Oleh itu, jika pasangan mata wang ini melantun dari tahap 1.3700, ia berkemungkinan besar akan kembali kepada pergerakan menurun.

Pasangan mata wang GBP/USD – Carta 4 Jam.

Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Menurut carta 4 Jam, pasangan mata wang GBP/USD meningkat ke tahap pembetulan 127.2% - 1.3701. Peningkatan semula harga dari tahap ini berupaya mendorong kenaikan mata wang AS. Pasangan mata wang ini akan jatuh ke tahap pembetulan 100.0% - 1.3481. Sekiranya ia mengukuh di atas tahap 127.2%, ia mungkin melonjak ke tahap pembetulan seterusnya iaitu 161.8% - 1.3977. Hari ini, pada carta, tidak ada perbezaan (divergence).

Pasangan mata wang GBP/USD – Carta Harian.

Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Pada carta harian, pasangan mata wang ini di atas tahap pembetulan 100.0% - 1.3513. Oleh itu, ia cenderung untuk menghampiri ke tahap Fibonacci dari 127.2% - 1.4084. Sekiranya ia menurun di bawah tahap 100.0%, ia mungkin merosot lebih rendah.

Pasangan mata wang GBP/USD – Carta Mingguan.

Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Pada carta mingguan, pasangan mata wang Pound/Dolar AS mengukuh di atas garis aliran menurun kedua. Oleh itu, kemungkinan pertumbuhan pound sterling jangka panjang meningkat dengan ketara.

Kalendar ekonomi:

Tidak ada laporan ekonomi penting dari UK dan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Selasa. Namun, ucapan Andrew Bailey menjadi tumpuan. Pound sterling didagangkan dengan kuat.

Indeks Harga Pengguna AS (13-30 GMT).

Pada 13 Januari, AS akan mengeluarkan laporan inflasi.

Laporan COT (Komitmen pedagang):

Ramalan dagangan pasangan mata wang GBP/USD, 13 Januari. Laporan COT. GBP meningkat di tengah-tengah kenyataan Gabenor Bank of England Andrew Bailey. Aliran menaik kini kembali

Laporan COT (Komitmen pedagang):

Laporan COT terbaru dari 5 Januari menunjukkan aktiviti rendah pemain yang sama. Sepanjang minggu Tahun Baru, pedagang bukan komersial membuka 1.028 tawaran beli dan 1,111 tawaran jual. Iaitu jumlah yang hampir sama. Oleh itu, saya tidak dapat menyimpulkan bahawa semasa minggu pelaporan, suasana spekulator menjadi lebih menaik atau menurun. Dilihat dari jumlah tawaran terbuka, sentimennya tetap menaik. Walau bagaimanapun, pada 1 Disember, keadaan adalah sebaliknya tetapi pound sterling semakin meningkat ketika itu. Secara umumnya, tidak ada perubahan yang signifikan dalam mood pemain utama.

Ramalan dan cadangan perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD:

Para pedagang disarankan untuk membuka pesanan beli pada pound sterling sekarang pada penutupan harga di atas tahap 127.2% - 1.3701 pada carta 4 jam dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3744 dan 1.3820. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan jual pound sterling apabila sebut harga berada lebih rendah dari tahap 1.3701 pada carta 4 jam dengan sasaran masing-masing berada pada tahap 1.3625 dan 1.3522.

TERMINOLOGI:

"Bukan komersial" - pemain pasaran besar: bank, dana lindung nilai, dana pelaburan, swasta, pelabur besar.

"Komersial" - perusahaan komersial, bank, syarikat yang membeli mata wang bukan untuk keuntungan spekulatif, tetapi untuk memastikan kegiatan semasa atau operasi eksport-import.

"Kedudukan yang tidak dilaporkan" - pedagang kecil yang aktivitinya tidak memberi kesan yang signifikan terhadap harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan