Gambaran Keseluruhan:
Pasangan mata wang NZD/USD berdagang dengan kecenderungan pergerakan arah bawah selepas mencecah enam hari rendah di tahap 1.8325 pada hari Rabu. Sentimen dolar NZ merosot selepas GAbenor RBNZ Wheeler memberi amaran kepada bank pusat agar "bersedia untuk campur tangan dalam mata wang apabila keadaan pulih." Pasangan mata wang NZD/USD juga dipengaruhi oleh sentimen USD yang kuat; risiko risiko keengganan yang semakin meningkat; harga komoditi melemah; Jualan mata wang dolar NZ telah memberangsangkan pasangan mata wang AUD/NZD. Tetapi kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD pula disebabkan oleh jurang hasil NZD-USD. Carta harian adalah berkecenderungan negatif sebagaimana stokastik berada di dalam mod penurunan harga, MACD berubah kepada penurunan harga: isyarat henti-dan-berbalik parabola kenaikkan harga telah mencecah pada tahap 0.8326 hari Rabu lalu.
Keutamaan:
Jual di bawah tahap 0.839 dengan meletakkan sasaran pada tahap 0.8305 dan seterusnya pada tahap 0.828.
Tahap Sokongan:
S1 - 0.8307 (Tahap Rendah 11 Feb.)
S2 - 0.828 (Tahap Rendah 28 Jan. )
S3 - 0.8211 (Tahap Rendah 4 Jan.).
Senario Alternatif:
Beli diatas tahap 0.839. Perhatikan pergerakan menaik di atas tahap 0.839 dengan meletakkan sasaran pada tahap 0.8415 dan 0.845.
Tahap Rintangan:
R1 - 0.8416
R2 - 0.845 (Tahap Tinggi Selasa)
R3 - 0.8534 (Jumaat, Tahap Tinggi 17-Bulan)
Komen Teknikal:
Pasangan mata wang kekal berada di bawah tahap rintangan baru dan kekal menuju ke arah bawah, RSI dijangkakan akan melantun semula tetapi masih dibawah kawasan neutral.
