logo

FX.co ★ Strategi Harian Bagi GBP/USD

Strategi Harian Bagi GBP/USD

Strategi Harian Bagi GBP/USD

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.5310 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan pasangan mata wang untuk mencapai had atas saluran pada tahap 1.5530.

Petunjuk teknikal tidak menunjukkan sebarang isyarat yang jelas, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan stabil dalam tempoh yang singkat.

Kadar spot sedang menguji rintangan pertengahan saluran, oleh itu kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan, di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.5310 dengan objektif 1 pada tahap 1.5250 dan kemudian di tahap 1.5230. Penembusan pada tahap 1.5330 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalan penembusan pada tahap rintangan, dimana kami mencadangkan pedagang agar "Buy Stop", yang bermaksud beli kadar spot dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan 1.5310 dengan objektif 1 pada tahap 1.5370 dan kemudian di tahap 1.5390. Penembusan pada tahap 1.5290 akan membatalkan senario ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan