Berdasarkan pada ramalan yang lalu, indeks USD telah mencecah tahap 81.50 kurang satu minggu berbanding ramalan, dan terdapat kemungkinan untuk kenaikkan yang selanjutnya ke arah tahap 83 atau mungkin juga pada tahap 84, manakala kadar pertukaran EUR/USD dijangkakan akan merosot ke arah tahap 1.2800, manakala kadar bagi pasangan mata wang GBP/USD pula akan susut ke arah 1.5000-1.5100.
Pasaran USDX
Menurut Laporan Komitmen Pedagang yang dikeluarkan pada 22 Februari, 2013, nilai indeks COT Hedger susut kepada 45% (-23 mata peratus) yang mana ia adalah merupakan hasil tindak balas Hedger pada pengukuhan mata wang USD yang ketara, walau bagaimanapun pedagang dalam pasaran percaya bahawa mata wang USD hampir mempunyai nilai saksama yang bersamaan dengan 81-81.50. Pada masa yang sama, Indeks Dagangan Williams (WILLCO) merosot kepada 32% (-26 mata peratus) sebagaimana hasil bukan sahaja pada penurunan kedudukan Bersih Hedger, tetapi juga peningkatan pada minat terbuka. Kepentingan terbuka menokok sebanyak 8% dalam satu minggu. Peningkatan ini mengakibatkan indeks kepentingan terbuka COT jatuh kepada 40% (11 mata peratus) ini menunjukkan bahawa pasaran sedang mencair secara perlahan.
Spekulator besar dan kecil bagi indeks COT pedagang mula meningkat ke arah zon overbought 80-100%. Indeks spekulator yang besar meningkat sebanyak 20 peratus kepada 51%, manakala pedagang kecil sekali lagi bertindak balas dengan pantas pada arah aliran menaik dan ia telah meningkatkan kedudukan bersih yang mana ia telah menggerakkan indeks COT pedagang kecil kepada 100% (48 mata peratus).
Kesimpulannya, hanya pedagang kecil menunjukkan bahawa pasaran berada pada wilaayh overbought, namun mereka amat pantas bertindak balas kepada arah aliran pasaran. Tahap kepentingan terbuka dan tingkah laku pedagang menunjukkan bahawa arah aliran mungkin akan berterusan.
Pasaran USDX

Figure 1: Data pilihan dan hadapan bagi USDX, Petunjuk COT. Sejarah dari Jul 2012 hingga Jan 2013
_source!.jpeg)
Figure 2: Net positions of hedgers, large speculators and small traders in the USDX market. History: from Jan 2011 to Fed 2013
Berdasarkan pada volatiliti dan tahap volume, arah aliran menaik masih lagi mengukuh. Meskipun pada hari Jumaat USDX telah berada hampir dengan tahap rintangan mingguan tetapi ia masih belum ditembusi, masih terdapat kebarangkalian bahawa pergerakkan menaik akan berlanjutan ke arah tahap 82.50-83.00. Pengesahan bahawa indeks USD akan terus bergerak naik adalah apabila USDX menembusi rintangan mingguan pada tahap 81.50. Oleh kerana itu, para pedagang harus bersedia untuk mengambil kedudukan beli.

Figure 3:Cartalilin harian USDX. Sejarah bermula dari Mac 2012 hingga Feb 2013
Pasaran EUR/USD, GBP/USD dan USD/CHF
Menurut pada Laporan Komitmen Pedagang, meskipun kadar pertukaran bagi pasangan mata wang EUR/USD telah merosot, hedgers masih percaya bahawa mata wang EUR masih berada di atas mata wang USD. Ia dinyatakan oleh indeks COT Hedger yang meningkat hanya sebanyak 3% (ia adalah sifar pada minggu lepas). Indeks Dagangan Williams juga menokok sebanyak 3% sebagaimana kepentingan terbuka kekal pada tahap minggu sebelumnya: indeks kepentingan terbuka COT merosot dari 41% kepada 38%. Spekulator besar dan kecil bagi indeks COT pedagang masing-masing adalah bersamaan dengan 92% dan 97%. Kedudukan semasa dan kepentingan terbuka menyatakan bahawa, terdapat pelbagai sebab untuk kadar EURUSD merosot, bagaimanapun analisis grafik menyangkal kenyataan ini dan akan memberitahu berapa jauh mata wang ini berpotensi untuk pergi.
_source!.jpeg)
Figure 4: Data pilihan dan hadapan bagi EUR/USD, Petunjuk COT. Sejarah bermula dari Jul 2012 hingga Jan 2013
Pada awal minggu ini, kadar pertukaran bagi pasangan mata wang ini telah mengukuh berhampiran pada tahap 1.3000 di mana ia telah menyatu sebelum ini pada pertengahan bulan Januari sebelum menembusi tahap rintangan bulanan pada tahap 1.3500. Walau bagaimanapun, selepas pasaran tenang, penembusan volatiliti seterusnya berlaku pada hari Rabu dan sokongan harian pada tahap 1.3000 telah ditembusi dengan mudah. Kadar mata wang merosot kepada 1.32 di mana tahap Fibonacci mingguan dan garisan arah aliran telah dilepasi.
Meskipun pada hari Jumaat kita telah melihat mata wang mengukuh dalam pasaran, berdasarkan pada tahap volume, dan arah aliran yang masih kuat. Oleh kerana itu, para pedagang boleh meramalkan bahawa kadar pertukaran mata wang mungkin akan mengukuh pada awal minggu ini, tetapi kadar mata wnag berpotensi untuk mencapai tahap sokongan mingguan di tahap 1.3000 pada akhir minggu. Pedagang juga perlu diingatkan agar, mengambilkira laporan COT, kerana terdapat kebarangkalian yang tinggi untuk arah aliran menurun berlanjutan hingga ke tahap sokongan seterusnya pada 1.2675-1.2700, di samping itu, satu lagi tahap Fibonacci terletak

Figure 5: Cartalilin harian EUR/USD. Sejarah bermula dari Mac 2012 hingga Feb 2013
Meskipun ramalan mengatakan bahawa arah aliran mendatar akan diperhatikan pada pasaran untuk sepanjang minggu ini, tetapi kadar pertukaran mata wang GBP/USD telah menjunam ke tahap 1.5500-1.5161. Walaupun, menurut pada Laporan Komitmen Pedagang, bahawa pasaran adalah undervalued, arah aliran menurun diperhatikan pada jangka masa harian adalah masih kukuh dan ia berpotensi untuk mencecah pada tahap 1.50.
COT Hedger dan indeks WILLCO masing-masing adalah bersamaan dengan 100 menunjukkan hedgers percaya bahawa GBP adalah terlalu murah berbanding dengan mata wang USD. Kedua-dua spekulator besar dan kecil pada indeks pedagang COT adalah bersamaan dengan 0% yang mana ia juga menunjukkan bahawa kadar pertukaran GBP/USD berada di bawah asas. Walau bagaimanapun, kepentingan terbuka terus meningkat: ia telah berkembang melebihi daripada 13% sejak minggu sebelumnya. Hasilnya, indeks minat terbuka COT adalah bersamaan dengan 100%.
_source!.jpeg)
Figure 6: Data pilihan dan hadapan bagi GBP/USD, Petunjuk COT. Sejarah bermula dari Jul 2012 hingga Jan 2013
Di samping kepentingan terbuka yang semakin meningkat, volatiliti (sisihan piawai) pada pasaran juga semakin berkembang, dan volume juga sangat tinggi. Akhirnya,pasangan mata wang GBP/USD telah menembusi sokongan bulanan pada tahap 1.53 yang mana ia sekaligus menunjukkan bagaimana kekuatan arah aliran menurun. Meskipun kadar berkemungkinan akan kembali di atas kadar bulanan, terdapat beberapa sebab untuk arah aliran menurun berterusan sekaligus mencapai tahap 1.5100 atau 1.5000. Oleh kerana itu, para pedagang yang mengambil kedudukan jual perlu mengambil masa mereka untuk menutup tawaran, langkah berjaga-jaga yang baik, dan ia bukan satu idea yang buruk untuk menetapkan beberapa keuntungan menggunakan pesanan stop loss.

Figure 7: Cartalilin harian bagi GBP/USD. Sejarah bermula dari Mac 2012 hingga Feb 2013
Pasangan matawang terakhir yang ingin saya beri perhatian adalah USD/CHF. Menurut laporan COT yang dikeluarkan pada hari Jumaat, Swiss franc tidak menganggap hedgers nilai relatif overvalued terhadap mata wnag USD: indeks Hedger COT meningkat kepada 43% (25 mata peratus). WILLCO juga meningkat dengan ketara: sebanyak 27 mata peratus menyokong indeks Hedger COT. Minat terbuka juga berada pada tahap purata: indeks COT adalah bersamaan dengan 37%. Akhirnya, spekulator besar dan kecil indeks COT pedagang masing-masing adalah bersamaan dengan 48% dan 69% yang maan ia telah menyatakan bahawa pasaran USD/CHF adalah berhampiran asas.
_source!.jpeg)
Figure 8: Data pilihan dan hadapan bagi CHF/USD, Petunjuk COT. Sejarah bermula dari 2012 hingga Jan 2013
Walau bagaimanapun, tahap harian pada 0.9270 yang mana kedua-duanya telah bertindak sebagai garisan sokongan dan rintangan telah ditembusi dengan mudah. Kadar pertukaran bagi pasangan mata wang USD/CHF berpotensi untuk bergerak naik hingga ke tahap 0.94, oleh itu ramalan tetap sama: potensi pergerakan menaik hingga ke tahap 0.94 di mana tahap rintangan harian dan Fibonacci mingguan terletak.

Figure 9: Cartalilin Harian USD/CHF. Sejarah bermula dari Mar 2012 hingga Feb 2013
Ramalan dagangan adalah seperti berikut:
· Indeks USD meningkat ke tahap 82.50-83.00 sekiranya rintangan mingguan telah ditembusi.
· Kadar bagi pasangan mata wang EURUSD merosot ke tahap 1.3000-1.3100 dan ia berpotensi untuk terus merosot ke tahap 1.2700 untuk beberapa minggu yang berikutnya.
· Kadar bagi pasangan mata wang GBP/USD susut ke tahap 1.5000-1.5100.
· Kadar bagi pasangan mata wang USD/CHF meningkat ke tahap 0.9400.
Maklumat mengenai kajian dan analisis ramalan
Analisis fundamental adalah berdasarkan Data Komitmen Pedagang (COT) yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) dan hubungan cross-market. Analisis teknikal pula adalah berdasarkan kepada tahap sokongan dan tahap rintangan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai data COT, anda boleh mendapatkanya daripada pengarang ulasan ini atau layari laman web rasmi Suruhanjaya Niaga Hadapan Komoditi di www.cftc.gov.
Maklumat mengenai kadar faedah yang dinyatakan didalam artikel ini boleh didapati di laman web rasmi ECB dan BoE.
Indeks COT yang digunakan dalam kajian ini dikira menggunakan data sejarah 26 minggu. Petunjuk Standard Deviation mengambil kira ketidaktentuan akaun untuk 5 hari.
Buka atau tutup kedudukan anda hanyalah selepas membuat pertimbangan dengan berhati-hati. Analisis tambahan diperlukan untuk mengenal pasti mata untuk kedudukan masuk dan keluar daripada pasaran, perlu diingatkan bahawa strategi pengurusan wang anda sendiri. Pengarang menyediakan maklumat yang penting mengenai pasaran dan membentangkan pendapat beliau mengenai pasaran serta mengambil kira strategi dagangan yang unik.
