logo

FX.co ★ Ambil Kedudukan Beli Bagi EUR/JPY Semasa Urusniaga Harga Rendah ke Arah Tahap 123.00-124.00

Ambil Kedudukan Beli Bagi EUR/JPY Semasa Urusniaga Harga Rendah ke Arah Tahap 123.00-124.00

Ambil Kedudukan Beli Bagi EUR/JPY Semasa Urusniaga Harga Rendah ke Arah Tahap 123.00-124.00

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

Seperti yang dapat kita lihat pada carta 4H di sini, pasangan mata wang tunggal telah membentuk asas di sekitar tahap 122.20/30 dan bergerak naik melepasi rantau 125.00 pada sesi dagangan yang lalu. Penolakan harga yang melepasi rantau 126.00 kini akan mengesahkan pergerakkan arah atas yang selanjutnya yang mana ia diramalkan akan berlaku dalam beberapa minggu yang akan datang.Tahap rintangan serta-merta masing-masing berada di sekitar rantau 126.00 dan diikuti oleh tahap 127.00 dan 127.90; manakala tahap sokongan pula berada pada 121.00. Kini, harga kelihatan seolah-olah sedang menguji garisan belakang arah aliran menaik dan oleh yang demikian ia adalah disyorkan untuk membuka kedudukan beli sekali lagi semasa urusniaga harga rendah (mungkin selepas tahap 126.00 ditembusi).

Cadangan Dagangan:

1. Sekiranya nada telah mengambil kedudukan beli terlebih dahulu, sila ambil keuntungan buat masa sekarang.

2. Letakkan kedudukan beli baru di antara tahap 123.00 dan 124.00 selepas pasangn mata wang berjaya menembusi tahap 126.00 , dengan kedudukan stop loss pada tahap 121.00, dan sasaran terbuka.

Semoga Berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan