_source!.png)
Emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran penurunan harga sederhana panjang pada tahap 1.623 mencadangkan penurunan. Walau bagaimanapun, penembusan pada tahap ini akan membolehkan komoditi emas ini mencapai had atas saluran yang lebih tinggi pada tahap 1.654.
Petunjuk teknikal menunjukkan isyarat membeli, tetapi selagi tahap rintangan masih belum ditembusi, andaian penurunan adalah yang paling mungkin. Bollinger band telah berkurangan berikutan hasil daripada penurunan harga yang kukuh pada hari ini. Harga dijangkakan akan stabil dalam tempoh masa yang singkat.
Emas sedang menguji rintangan pertengahan saluran, oleh itu kami mencadangkan 2 senario: yang pertama adalah hipotesis penurunan, di mana kami mencadangkan jual pada tahap 1.623 dengan objektif 1 pada tahap 1.613 dan kemudian pada tahap 1.610. Penembusan pada tahap 1.626 akan membatalkan senario ini. Senario kedua pula adalah penembusan pada tahap rintangan, di mana kami mencadangkan para pedagang agar 'buy stop', yang bermaksud beli emas dengan seberapa segera kerana ia telah menembusi tahap rintangan pada 1.623 dengan objektif 1 pada tahap 1.633 dan kemudian pada tahap 1.635. Penembusan pada tahap 1.620 akan membatalkan senario ini.
