logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Februari

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Februari

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Euro dilihat meneruskan dagangan dalam saluran, terutamanya kerana turun naik pasaran yang agak rendah semalam. Tidak ada isyarat dagangan di pasaran, dan laporan terbaru tidak mempengaruhi keseimbangan kekuatan antara pembeli dan penjual. Sebenarnya, ucapan dari pegawai bank pusat tidak diendahkan oleh pedagang.

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Februari

Cadangan perdagangan untuk 25 Februari

Pasaran diramalkan akan bergerak hari ini menurut kepada laporan ekonomi terkini dari AS. Untuk lebih tepat lagi, pasangan mata wang EUR/USD akan turun jika terdapat penurunan yang kuat dalam tuntutan pengangguran dan perubahan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ke-4. Permintaan untuk dolar AS juga akan meningkat sekiranya terdapat peningkatan dalam pesanan untuk barangan tahan lama.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan beli euro ketika harga mencecah tahap 1.2188 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2235. Pasangan mata wang EUR/USD akan meningkat sekiranya laporan ekonomi EU mencatatkan bacaan yang sangat baik.

Adalah diingatkan bahawa sebelum membeli, pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik darinya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan jual euro setelah harga mencecah tahap 1.2162 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit sekitar tahap 1.2104. Tekanan terhadap euro mungkin kembali sekiranya laporan ekonomi EU melemah. Sebagai tambahan, data yang baik dari AS akan mendorong permintaan untuk pertumbuhan dolar AS, yang akan mengakibatkan penurunan pada pasangan mata wang EUR/USD.

Juga, diingatkan bahawa sebelum menjual, dila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula bergerak turun daripadanya.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

Analisis urusniaga pasangan mata wang GBP/USD

Pound meneruskan dagangan menaik ditengah-tengah laporan positif untuk ekonomi UK dan pelonggaran perintah berkurung. Sebenarnya, penurunan semalam tidak lebih dari pembetulan setelah pasaran menaik pada baru-baru ini.

Analisis dan cadangan dagangan pasangan mata wang EUR/USD dan GBP/USD pada 25 Februari

Cadangan perdagangan untuk 25 Februari

Laporan mengenai keadaan pasaran buruh AS akan dikeluarkan hari ini, dan ini akan menetapkan nada perdagangan untuk pasangan mata wang GBP/USD. Untuk lebih tepatnya, penurunan dalam tuntutan pengangguran dan peningkatan pesanan untuk barangan tahan lama akan mendorong kepada pertumbuhan dolar AS. Oleh yang demikian, data yang lebih lemah daripada yang dijangkakan akan meneruskan pasaran menaik pada pasangan mata wang GBP/USD.

Untuk pesanan membeli:

Buka pesanan membeli pound setelah harga mencecah tahap 1.4174 (garis hijau pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4239 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan besar akan meneruskan dagangan menaik, sekurang-kurangnya jika tidak ada laporan ekonomi yang kuat dari AS.

Tetapi perlu diingat bahawa sebelum membuka pesanan membeli, sila pastikan garis MACD berada di atas sifar dan mula menaik daripadanya.

Untuk pesanan menjual:

Buka pesanan menjual pound setelah harga mencecah tahap 1.4135 (garis merah pada carta), dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.4053. Bukan idea yang baik untuk berdagang melawan trend, tetapi laporan yang baik dari AS dapat mengukuhkan dolar AS buat sementara waktu, yang dengan demikian, ia akan menyebabkan penurunan pada pasangan mata wang EUR/USD.

Tetapi perlu diingat bahawa sebelum membuka pesanan menjual, sila pastikan garis MACD berada di bawah sifar dan mula menurun daripadanya.

Apa yang terdapat pada carta:

Garis hijau halus adalah tahap utama di mana anda boleh membuka pesanan beli pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di atas tahap ini.

Garis merah halus adalah tahap di mana anda boleh membuka pesanan jual pada pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal adalah harga sasaran, kerana harga tidak mungkin bergerak di bawah tahap ini.

Garis MACD - ketika memasuki pasaran, penting untuk dijadikan panduan oleh zon overbought dan oversold.

Penting: Pedagang baru harus sangat berhati-hati ketika membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan penting, adalah lebih baik berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam volatiliti kadar yang ketara. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, anda perlu selalu menetapkan Stop order untuk mengurangkan kerugian. Jika tidak, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dalam sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan memperdagangkan jumlah besar.

Dan penting juga untuk diingatkan bahawa untuk perdagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai pelan perdagangan yang jelas. Keputusan perdagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kerugian untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan