logo

FX.co ★ Analisis Bulanan Bagi GBP/USD 1 Mac, 2013 (Strategi Penurunan Harga)

Analisis Bulanan Bagi GBP/USD 1 Mac, 2013 (Strategi Penurunan Harga)

British pound telah mencecah tahap rendah baru sejak Julai 2010. Baru-baru ini ia telah merosot dan kehilangan arah aliran menaik pada jangka pendek yang lemah. Penurunan ini adalah disebabkan oleh PMI pembuatan yang rendah, kekal berada di bawah tahap 50 mata bagi tempoh dua bulan berturut-turut. Anda boleh lihat pada carta di bawah, kami telah cuba untuk menggambarkan tempoh masa dalam tingkah laku pasangan mata wang ini. Oleh kerana itu, pada graf bulanan anda mungkin menyedari bahawa pasangan mata wang ini telah menembusi pergerakkan arah atas yang bermula pada Disember 2008, dan terdapat sebanyak tiga kali percubaan untuk menembusi tahap ini iaitu sepanjang bulan Mei 2010 hingga Jun 2012, tetapi yang terakhir adalah kritikal bagi mata wang paun. Pada bulan Februari tahun ini, pasangan mata wang ditunjukkan telah berada di dalam wilayah oversold pada carta bulanan. Jika anda melihat pada penunjuk RSI, ia menandakan - 0.13, ini menunjukkan bahawa pada tahap ini mungkin aksn terdapat lantunan semula teknikal yang kuat. Sebaliknya, penunjuk momentum pula telah menunjukkan bahawa akan ada pembalikan arah bagi pasangan mata wang ini untuk beberapa hari yang akan datang. Sekiranya lantunan semula teknikal tidak berlaku untuk menjadi sasaran penurunan harga yang seterusnya bagi pound, maka fraktal bulanan akan berada pada tahap 1.4789. Sebaliknya penarikan semula harga ke kawasan penembusan garisan arah aliran menaik akan memberikan kita peluang untuk menagmbil kedudukan jual bagi pasangan mata wang ini sekali lagi pada penutupan carta mingguan di atas tahap 1.50, yang mana ia akan mengerakkan mata wang paun ke tahap yang lebih tinggi untuk beberapa hari yang akan datang.

Analisis Bulanan Bagi GBP/USD 1 Mac, 2013 (Strategi Penurunan Harga)

Sekiranya anda memerlukan rundingan peribadi, sila hubungi saya melalui e-mail: gerardo.porras@analytics.instaforex.com

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan