
Sebelum ini, pasangan mata wang telah menembusi tahap rendah pada 1.5450 (dicapai pada 25 Julai), 1.5390 (dicapai pada 12 Julai) serta tahap 1.5267 (dicapai pada 1 Jun) dengan begitu cepat menuju ke arah tahap 1.5075 dan seterusnya ke tahap 1.5035.
Tahap Harga berada disekitar tahap 1.5300 dan ia telah menandakan had atas bagi corak pengukuhan harga di atas tahap 1.5075. Oleh kerana itu, harga dijangkakan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah di sekitar 1.5220 dan diikuti oleh penembusan di bawah tahap 1.5075 dan ia sekaligus telah mengesahkan sentimen penurunan harga dalam pasaran.
Walau bagaimanapun, penutupan harian pada hari Jumaat lalu telah menyatakan kesinambungan daripada kedudukan jual selepas itu dengan syarat bahawa pasangan mata wang itu harus kekal berada di bawah tahap 1.5075 (had yang lebih rendah daripada julat). Walau bagaimanapun, pengukuhan semula harga di atas tahap 1.5075 akan membolehkan pasangan mata wang tersebut untuk memulakan langkah pembetulan kenaikkan harga di mana masing-masing menuju ke arah tahap 1.5160, 1.5220 dan 1.5300.
Penembusan penurunan harga yang berlaku pada minggu lalu berpotensi untuk menyasarkan ke tahap 1.4880.
pada hari ini, pasangan mata wang sedang berdagang dengan pergerakan ke arah bawah pada had yang lebih rendah berbanding julat hari Rabu.
Sokongan kuat yang pertama akan ditemui pada tahap 1.5000 dan seterusnya pada tahap 1.4855 jika pergerakan penurunan harga kekal sah untuk minggu ini.
