logo

FX.co ★ Ulasan pagi untuk pasaran AS (11/05/2021)

Ulasan pagi untuk pasaran AS (11/05/2021)

Ulasan pagi untuk pasaran AS (11/05/2021)

Saham AS merosot semalam setelah kebanyakan pelabur membuat keputusan untuk menutup pesanan di pasaran. Nasdaq merosot sebanyak 2.5%, sementara S&P 500 dan Dow masing-masing turun 1% dan 0.5%.

Kemudian, pasaran Asia menyusul pada pagi ini, dengan indeks Jepun turun 3%. Sementara itu, indeks China meningkat 0.7%, susulan pertumbuhan ekonomi yang sangat kuat di negara ini.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China meningkat pada kadar terpantas pada suku pertama tahun ini, iaitu sebanyak 18.3%. Inflasi juga meningkat, dengan PPI meningkat kepada 6.8% pada April lalu, yang jauh melebihi angka tahun lalu dan pada bulan Mac. Malangnya, ini boleh menyebabkan ekonomi yang 'terlalu panas'.

Berkenaan dengan keadaan epidemiologi dunia, penurunan kadar kes baru diperhatikan semalam. Walau bagaimanapun, kes COVID-19 harian di India masih tinggi, hampir 330,000. Di Amerika Syarikat (AS), kira-kira 30,000 pesakit baru direkodkan semalam. Eropah juga menyaksikan peningkatan yang ketara, dengan Turki, Jerman dan Perancis masing-masing mencatatkan 14,000, 8,000 dan 4,000 kes baru.

Oleh yang demikian, berita baik ini meningkatkan peluang pelonggaran kuarantin yang lebih awal dari yang dijadualkan, yang akan memberikan keuntungan bagi pasaran EU. Pihak berkuasa di Jerman, misalnya, dengan berhati-hati menjanjikan perlonggaran kawalan pergerakan yang ketara pada bulan Jun.

Untuk dagangan minyak, penurunan 0.4% diperhatikan pada pagi ini. Walau bagaimanapun, Brent merosot sebanyak 0.6%, yang sebahagian besarnya adalah disebabkan oleh serangan siber dalam satu saluran AS. Ia kini diniagakan pada harga $67.90 dan dijangka akan berlegar di antara harga $66.50 hingga $68.50 hari ini.

WTI juga merosot 0.6% dan diniagakan pada $64.50.

Kesimpulan: Walaupun pasaran AS berada di bawah pembetulan, ia masih menunggu laporan inflasi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Rabu, 12 Mei.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan