logo

FX.co ★ Ethereum menguji semula pembeli

Ethereum menguji semula pembeli

Ethereum berubah sedikit dalam dagangan jangka pendek. Ia didagangkan pada tahap 1,093 sewaktu penulisan artikel. Pasangan mata wang ETH/USD meningkat sebanyak 8.44% daripada tahap rendah semalam pada 1,042 ke tahap tinggi hari ini pada 1,130. Secara teknikalnya, altcoin nampaknya tidak pasti, itulah sebabnya kita perlu menunggu isyarat dagangan baru.

Dalam tempoh 24 jam terakhir, pasangan mata wang ETH/USD telah meningkat sebanyak 1.82% tetapi turun sebanyak 2.41% dalam tempoh 7 hari yang lalu. seperti yang anda sedia maklum, kecenderungan pasaran kekal menurun walaupun terdapat lantunan harga sementara, jadi anda perlu berhati-hati jika anda mencari peluang untuk kemasukan pesanan membeli.

Penjual ETH/USD Masih Dalam Permainan!

Lihat juga: InstaForex adalah merupakan salah satu peneraju dalam pasaran Forex, 12 tahun di pasaran, dan mempunyai lebih daripada 7,000,000 pelanggan aktif.
Ethereum menguji semula pembeli

Seperti yang dapat anda lihat pada carta H4, pasangan mata wang ETH/USD menemui sokongan pada tahap psikologi 905.00 (tahap sejarah) dan kini ia telah melantun semula. Dalam jangka pendek, ia telah menurun sedikit untuk menguji semula Lower Median Line (LML) pada Pitchfork menurun.

Tahap rendah serta-merta 1,042 mewakili sokongan statik manakala 1,193 kekal berperanan sebagai rintangan statik. Kegagalannya untuk mengatasi rintangan yang diwakili oleh tahap pivot mingguan 1,153 menandakan penjualan harga yang kukuh.

Ramalan dagangan untuk pasangan mata wang ETH/USD!

Corak harga tinggi yang lebih tinggi baharu, melonjak dan menutup di atas tahap 1,193 boleh mengaktifkan pertumbuhan harga yang selanjutnya.

Corah harga rendah yang lebih rendah baharu, menurun dan menstabilkan di bawah Lower Median Line (LML) dan di bawah 1,042 boleh mengaktifkan potensi penjualan ke arah tahap 905.00 semula.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan