logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Mingguan Pasangan Mata Wang EUR/USD dari 19-24 Julai, 2021

Analisis Teknikal Mingguan Pasangan Mata Wang EUR/USD dari 19-24 Julai, 2021

Analisis trend

Harga dari tahap 1.1805 (penutupan graf lilin mingguan terakhir) cenderung untuk melanjutkan penurunan pada minggu ini, dengan sasaran terletak pada tahap 1.1772 - fraktal bawah (garis putus-putus biru). Setelah pasangan mata wang EUR/USD menguji tahap ini, ia berkemungkinan besar akan melonjak naik ke tahap sasaran 1.1843 - Penarikan Semula 14.6% (garis putus-putus biru). Dari tahap ini, pergerakan menaik akan dilanjutkan ke tahap sasaran 1.1888 - Penarikan semula 3.6% (garis putus-putus biru).

Analisis Teknikal Mingguan Pasangan Mata Wang EUR/USD dari 19-24 Julai, 2021

Rajah 1 (Carta Harian).

Analisis Komprehensif:

  • Analisis indikator - menaik;
  • Tahap Fibonacci - menaik;
  • Volume - menaik;
  • Analisis graflilin - menaik;
  • Analisis trend - menaik;
  • Bollinger lines - menaik;
  • Carta mingguan - menaik;

Pergerakan menaik dapat disimpulkan berdasarkan kepada analisis yang komprehensif.

Hasil keseluruhan pengiraan graf lilin berdasarkan carta mingguan: kemungkinan harga akan bergerak dalam arah aliran menaik dengan bayangan yang lebih rendah (Isnin - menurun) dan dengan bayangan lebih tinggi (Jumaat - menurun) pada graf lilin putih mingguan.

Sasaran menaik pertama ditetapkan pada tahap 1.1843 - penarikan semula 14.6% (garis putus-putus biru). Setelah tahap ini berjaya ditembusi, pergerakan menaik akan dilanjutkan ke tahap sasaran 1.1888 - Penarikan semula 23.6% (garis putus-putus biru).

Sebagai alternatif, harga dari tahap 1.1805 (penutupan graf lilin mingguan terakhir) berkemungkinan besar akan terus menurun untuk menguji fraktal lebih rendah 1.1703 (garis putus-putus kuning). Setelah menembusi tahap ini, pasangan mata wang EUR/USD ini cenderung untuk melonjak naik ke sasaran 1.1772 - fraktal lebih rendah (garis putus-putus biru).

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan