logo

FX.co ★ Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 September. Nancy Pelosi: Tidak akan ada perjanjian perdagangan di antara UK dan AS.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 September. Nancy Pelosi: Tidak akan ada perjanjian perdagangan di antara UK dan AS.

Carta 4 Jam

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 September. Nancy Pelosi: Tidak akan ada perjanjian perdagangan di antara UK dan AS.

Laporan teknikal:

Saluran regresi linear lebih tinggi: arah aliran - mendatar.

Saluran regresi linear lebih rendah: arah aliran - menaik.

Moving Averages (MA)(20) - menurun.

CCI: -96.9190

Pound Britain yang berpasangan dengan mata wang dolar AS pada Selasa mula menyesuaikan diri setelah menyaksikan penurunan selama beberapa hari. Pada prinsipnya, dinamika pasangan mata wang euro/dolar AS dan pound/dolar AS hampir serupa antara satu sama lain pada baru-baru ini. Satu-satunya perbezaan ialah pasangan mata wang euro/dolar AS diniagakan dengan "tenang" pada minggu ini, sementara situasi untuk pasangan mata wang pound/dolar AS adalah sebaliknya. Selama tiga hari dagangan terakhir, mata wang Britain telah jatuh sebanyak 180 mata. Ini bukan junlah yang besar untuk pasangan mata wang pound/dolar AS, tetapi ini adalah jarak yang baik dengan latar belakang penurunan volatiliti dalam beberapa bulan terakhir. Pada Selasa, pembetulan yang sangat lemah telah bermula. Di samping itu, harga mata wang Britain kini juga berada berhampiran sempadan bawah saluran mendatar, di mana pasangan mata wang ini telah diniagakan selama lebih dari enam bulan. Untuk pasangan mata wang GBP/USD, saluran ini adalah pada tahap 1.3600 - 1.4200. 600 mata yang sama dengan pasangan mata wang euro/dolar AS. Oleh itu, walaupun tidak ada rencana jangka panjang untuk pasangan mata wang pound/dolar AS, harga masih berada dalam saluran mendatar. Oleh itu, penembusan harga pada sempadan bawah saluran ini akan menjadi sangat penting bagi prospek pasangan mata wang ini. Sekarang semuanya kelihatan seolah-olah aliran menurun akan dapat mengatasi tahap 1.3600. Pada carta 24 jam, dapat dilihat bahawa setiap kenaikan seterusnya dari tahap 1.3600 menyebabkan penarikan semula yang lebih kecil daripada yang sebelumnya. Ini menunjukkan bahawa aliran menurun terus memberikan tekanan, di mana cepat atau lambat ia cenderung untuk menyebabkan penembusan harga pada tahap utama. Walau bagaimanapun, kami juga ingin mengingatkan anda bahawa pasangan mata wang pound/dolar AS telah berhasil membuat pembetulan hanya dengan 600 mata dalam tempoh enam bulan terakhir, iaitu kurang dari 23.6% pembetulan Fibonacci dari keseluruhan arah aliran menaik. Sebagai tambahan, kami mengingatkan anda mengenai laporan COT terbaru, yang menunjukkan perubahan mendadak dalam suasana pemain profesional yang menutup 15 ribu kontrak penjualan dan membuka 15 ribu kontrak pembelian dalam seminggu. Dari sudut pandangan kami, semua ini menyokong pemulangan tren kenaikan global. Tetapi jangan lupa bahawa pertemuan Fed akan diikuti dengan pertemuan Bank of England, yang juga tidak kurang pentingnya. Dan tidak ada yang mengharapkan retorik "hawkish" dari BA.

Sebagai tambahan kepada kenyataan bahawa pound akan menjadi sangat sukar untuk menunjukkan pertumbuhan dengan berlatar belakangkan mesyuarat Bank of England, satu lagi berita yang tidak begitu menggembirakan untuk mata wang Britain telah diterima semalam. Speaker Dewan Perwakilan AS, Nancy Pelosi, mengatakan bahawa tidak akan ada perjanjian perdagangan di antara UK dan negaranya jika London gagal menyelesaikan semua perbezaannya dengan Kesatuan Eropah mengenai perjanjian Brexit. Nancy Pelosi mengatakan bahawa sebarang perbezaan antara Brussels dan London boleh membahayakan Ireland Utara dan rakyatnya. Di samping itu, terdapat perjanjian yang jelas antara EU dan Britain mengenai Brexit dan, khususnya, mengenai "Protokol Ireland Utara." Oleh itu, keinginan London untuk menyemak semula protokol ini tidak sah, dan Kesatuan Eropah tidak diwajibkan untuk bertemu dengan UK di tengah jalan. Sekiranya London terus melanggar ketentuan tertentu dari perjanjian Brexit, ini akan menimbulkan keraguan terhadap reputasi antarabangsa negara itu, dan dalam hal ini, kebanyakan negara di dunia akan menolak perjanjian dengan Kerajaan tersebut. Pelosi juga mengatakan bahawa Negara-negara adalah penjamin kepentingan Ireland Utara, jadi pembatalan Perjanjian Belfast dari tahun 1998 akan mengakhiri perjanjian antara Britain dan Amerika Syarikat. Adalah diingatkan bahawa Presiden AS sekarang, Joe Biden mempunyai darah Ireland dan berulang kali bersuara untuk mempertahankan dan menyokong rakyat Ireland dan Ireland Utara. Oleh itu, sebarang pelanggaran Perjanjian Belfast yang boleh memperburukkan lagi keadaan di Kepulauan Ireland juga tidak akan menyumbang kepada pemetraian perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Oleh itu, kita mempunyai beberapa faktor global sekaligus, yang menunjukkan kemungkinan penurunan mata wang Britain, dan juga beberapa faktor yang menyokong pertumbuhannya dalam beberapa hari mendatang. Memandangkan Fed akan bertemu hari ini dan Bank of England akan mengadakan pertemuan pada esok, kedua-dua acara ini dapat mengakhiri kesemua persoalan. Memandangkan kejatuhan mata wang Britain pada minggu lalu, kami juga percaya bahawa kemungkinan pengurangan program rangsangan kuantitatif Fed sudah tertanam dalam kadar pertukaran pasangan semasa. Oleh itu, kita masih cenderung kepada pertumbuhan mata wang Britain. Walaupun begitu, adalah tidak masuk akal untuk meneka arah manakah pasangan mata wang ini akan bergerak sebelum peristiwa penting ini berakhir.

Gambaran keseluruhan pasangan mata wang GBP/USD. 22 September. Nancy Pelosi: Tidak akan ada perjanjian perdagangan di antara UK dan AS.

Purata volatiliti bagi pasangan mata wang GBP/USD pada masa ini adalah 80 mata sehari. Untuk pasangan mata wang pound/dolar AS, nilai ini di sifatkan sebagai "purata". Pada Rabu, 22 September, kami menjangkakan pergerakan harga di dalam saluran, dihadkan oleh tahap 1.3584 dan 1.3744. Pembalikan menurun pada indikator Heiken Ashi akan menandakan kesinambungan semula pergerakan menurun.

Tahap Sokongan Paling Hampir:

S1 – 1.3641

S2 – 1.3611

Tahap Rintangan Paling Hampir:

R1 – 1.3672

R2 – 1.3702

R3 – 1.3733

Cadangan Dagangan:

Pasangan mata wang GBP/USD telah memulakan pergerakan pembetulan menuurn pada carta 4 jam. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual baru dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.3611 dan 1.3584 setelah pembalikan menurun indikator Heiken Ashi. Kemasukan pesanan membeli harus dipertimbangkan semula jika harga kekal berada di atas garis Moving Average (MA) dengan sasaran ditetapkan pada tahap 1.3794 dan 1.3824 dan pesanan ini harus dibiarkan terbuka sehingga Heiken Ashi bertukar kepada menurun.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan