logo

FX.co ★ Analisis dan ramalan gelombang ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY dan EMAS pada 15 Oktober, 2021

Analisis dan ramalan gelombang ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY dan EMAS pada 15 Oktober, 2021

Pasangan mata wang EUR/USD

Analisis:

Zigzag gelombang menurun telah terbentuk pada carta mata wang Eropah sejak awal musim panas. Struktur gelombang kelihatan lengkap. Tidak ada isyarat untuk perubahan harga pada carta. Reka bentuk gelombang kontra pada 30 September tidak melampaui pembetulan bahagian terakhir gelombang.

Ramalan:

Vektor pergerakan menaik secara umumnya dijangka berterusan pada keesokan harinya. Aliran mendatar di sepanjang zon sokongan lebih cenderung pada sesi dagangan seterusnya. Kadar pertumbuhan dijangkakan pada penghujung hari ini atau esok.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1.1660/1.1690

Sokongan:

- 1.1590/1.1560

Cadangan:

Pesanan membeli di pasaran euro hari ini hanya mungkin dilakukan dalam urusniaga harian. Adalah lebih baik untuk menahan diri dari memasuki pasaran pasangan mata wang EUR/USD sehingga pertumbuhan harga ketika ini berakhir dan membuka pesanan memjual selepas itu.Analisis dan ramalan gelombang ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY dan EMAS pada 15 Oktober, 2021

Pasangan mata wang USD/JPY

Analisis:

Gelombang menaik telah menetapkan arah aliran yen Jepun pada pasangan utamanya sejak awal tahun ini. Sebaliknya, pergerakan harga ini melengkapkan struktur gelombang menaik pada carta masa yang lebih besar. Harga dilihat telah mencapai sempadan zon pembalikan kuat yang berpotensi. Masih belum terdapat isyarat untuk pembalikan harga pada carta.

Ramalan:

Pada sesi dagangan yang akan datang, pergerakan harga berkemungkinan besar bergerak dalam aliran mendatar. Zon penyelesaian menunjukkan sempadan koridor harga yang diharapkan.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 114.20/114.50

Sokongan:

- 113.60/113.30

Cadangan:

Potensi pembelian pasangan mata wang ini sudah berakhir. Masih belum ada syarat untuk kemasukan pesanan menjual. Para pedagang disarankan untuk tidak memasuki pasaran pasangan mata wang ini sehingga situasi yang lebih baik untuk berdagang diperhatikan.Analisis dan ramalan gelombang ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY dan EMAS pada 15 Oktober, 2021

Pasangan mata wang GBP/JPY

Analisis:

Zigzag gelombang menaik diperhatikan pada carta pound/yen, yang telah bermula pada 19 Julai, memasuki fasa terakhir. Harga telah mencapai had bawah zon sasaran awal. Terdapat beberapa tahap rintangan berskala besar yang kuat pada sempadan.

Ramalan:

Hari ini, vektor pergerakan menaik dijangka akan berterusan sehingga selesai. Aliran mendatar dengan vektor penurunan tidak dikecualikan pada sesi dagangan yang seterusnya.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 157.30/157.60

Sokongan:

- 156.30/156.00

Cadangan:

Tidak ada syarat untuk kemasukan pesanan menjual di parasan pasangan mata wang GBP/JPy pada hari ini. Para pedagang disarankan untuk mencari isyarat untuk kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang ini pada pengakhiran semua penarikan semula aliran kaunter. Perlu dipertimbangkan potensi pertumbuhan harga yang terhad.

Analisis dan ramalan gelombang ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY dan EMAS pada 15 Oktober, 2021

EMAS

Analisis:

Sejak 9 Ogos, zigzag gelombang menaik dengan tahap gelombang tinggi telah terbentuk dalam carta emas. Sebagai sebahagian dari bahagian terakhirnya, penarikan semula pertengahan telah berkembang dalam tempoh tiga hari terakhir.

Ramalan:

Pengakhiran pergerakan menurun dijangkakan dalam sesi dagangan seterusnya. Pada penghujung hari, kita dapat menjangkakan pembentukan pembalikan dan penyambungan semula kenaikan harga. Zon yang diperkirakan menunjukkan sempadan kursus harian yang diharapkan.

Zon pembalikan harga yang berpotensi

Rintangan:

- 1805.0/1810.0

Sokongan:

- 1780.0/1775.0

Cadangan:

Hari ini, urus niaga untuk penjualan di pasaran emas mungkin berisiko dan ia amat tidak digalakkan. Disyorkan kepada para pedagang untuk memantau isyarat pembalikan harga di pengakhiran sokongan untuk membeli instrumen.Analisis dan ramalan gelombang ringkas untuk pasangan mata wang EUR/USD, USD/JPY, GBP/JPY dan EMAS pada 15 Oktober, 2021

Penjelasan: Dalam analisis gelombang yang dipermudahkan (UVA), gelombang terdiri daripada 3 bahagian (A-B-C). Gelombang terakhir yang tidak lengkap dianalisis. Latar belakang panah yang padat menunjukkan struktur yang terbentuk, sementara garis putus-putus menunjukkan pergerakan hagra yang diharapkan.

Perhatian: Algoritma gelombang tidak mengambil kira jangka masa pergerakan instrumen dalam masa!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan