logo

FX.co ★ Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 Oktober, 2021

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 Oktober, 2021

Pada masa ini, mata wang Jepun berada di bawah tekanan susulan daripada dua faktor yang bertentangan: pengukuhan yen (carta pasangan USD/JPY menurun) di bawah kelemahan umum dolar AS, yang jelas ditunjukkan oleh bacaan laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga yang telah dikeluarkan pada semalam, dan yen semakin melemah (carta berkembang) di bawah pengaruh pertumbuhan pasaran saham - indeks saham AS S&P 500 menambah 0.98% semalam, hampir mencapai rekod sejarah pada 26 Oktober.

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 Oktober, 2021

Berdasarkan kepada carta harian, harga dilihat sedang menghampiri sokongan garis saluran harga terbenam pada tahap 113.13. Penyatuan harga di bawah tahap ini cendeerung untuk melanjutkan penurunan ke garis MACD di kawasan 111.48. Sekiranya berlaku pembalikan harga yang disahkan - menembusi tahap isyarat 114.32 (tahap tinggi pada 26 Oktober), maka anda boleh menjangkakan kesinambungan pertumbuhan harga ke tahap sasaran 115.80.

Ramalan dagangan pasangan mata wang USD/JPY pada 29 Oktober, 2021

Merujuk kepada carta empat jam, harga tertumpu kepada Marlin Oscillator. Jika harga menembusi di atas tahap isyarat 113.90, ia akan mengesahkan penumpuan, dan penembusan harga pada garis MACD pada tahap 114.28, yang hampir dengan tahap isyarat pada carta harian, akan membangunkan pertumbuhan harga yang meyakinkan bagi pasangan mata wang USD/JPY.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan