logo

FX.co ★ Bank of America menjangkakan emas akan mencapai paras $1,900 menjelang 2022

Bank of America menjangkakan emas akan mencapai paras $1,900 menjelang 2022

Bank of America menjangkakan emas akan mencapai paras $1,900 menjelang 2022

Bank of America baru-baru ini telah mengeluarkan ramalan yang mengatakan emas berkemungkinan akan kembali ke paras harga $1,900 per auns menjelang tahun 2022. Mereka berpendapat bahawa inflasi akan kekal tinggi, oleh yang demikian, kadar faedah sebenar juga akan tinggi, yang menguntungkan emas.

Bank of America menjangkakan emas akan mencapai paras $1,900 menjelang 2022

Dasar monetari telah lama menjadi ancaman terbesar kepada logam berharga, jadi adalah tidak menghairankan bahawa harga bergantung kepadanya.

Tetapi walaupun Bank of America melihat potensi kenaikan emas, momentum mungkin akan dihadkan kerana Fed berkemungkinan akan melaksanakan sekurang-kurangnya lima kenaikan kadar pada tahun hadapan, dengan kenaikan yang pertama pada suku keempat.

Perkara ini pasti akan berlaku sekiranya inflasi kekal mencatatkan bacaan yang lebih tinggi berbanding ramalan, dan jika sektor pekerjaan pulih dengan cepat.

CME FedWatch Tool menyokong idea ini, mengatakan bahawa bank pusat berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah menjelang Jun 2022. Kemudian, ia akan meningkatkannya lagi kepada 0.75-1.00% menjelang Februari 2023.

Penganalisis Bank of America menambah bahawa data ekonomi juga akan menentukan trajektori kadar faedah.

Tetapi kadar sebenar berkemungkinan kekal negatif dalam masa terdekat kerana kadar 10 tahun melebihi 2% menimbulkan kebimbangan mengenai kemampaanan hutang dan pasaran saham berada di bawah tekanan.

Walau apa pun, keadaan semasa tidak buruk untuk emas, tetapi seperti yang diperkatakan pada sebelum ini, pertumbuhan akan dihadkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan