Analisis dagangan Selasa
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 minit

Bagaimana untuk berdagang pasangan mata wang EUR/USD pada 10 November. Tip mudah untuk pedagang baru. EUR diniagakan kukuh hari ini untuk mula melemah esok.
Analisis dagangan Selasa
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 30 minit
Pada Selasa, pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan trend menaik dan juga membentuk garis menaik. Walau bagaimanapun, kami ingin anda memberikan perhatian kepada volatiliti pasangan mata wang ini. Sebagai contoh, hari ini, purata volatiliti pasaran ialah 40 pip manakala semalam ialah 44 pip. Oleh itu, kadar volatiliti bagi pasangan mata wang EUR/USD adalah sangat lemah pada masa ini. Begitu juga dengan trend menaik yang bersifat formal semata-mata. Harga berpotensi untuk menetap di bawah garis ini pada bila-bila masa. Keseluruhan julat pergerakan harga antara aliran tinggi dan rendah didapati dalam hanya 95 pip, yang mengambil masa 3 hari untuk mengatasi pasangan mata wang ini. Oleh itu, jika harga membuat lantunan harga yang jelas dari garis arah aliran ini, kita boleh mempertimbangkan kemasukan pesanan membeli pasangan mata wang EU/USD pada carta 30 minit. Walau bagaimanapun, anda harus berhati-hati di sini, jika tidak, adalah lebih baik anda mengabaikan idea ini. Saya akan mengatakan bahawa gambaran teknikal pada carta masa ini kekal sangat tidak menguntungkan bagi pedagang kerana ia adalah senario paling sukar untuk berdagang. Tiada laporan makroekonomi yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Selasa di Amerika Syarikat dan EU. Ucapan oleh Christine Lagarde dan Jerome Powell tidak memberikan sebarang petunjuk kepada pasaran dan, oleh itu, tidak mendorong sebarang penembsusan harga daripadanya.
Pasangan mata wang EUR/USD - Carta 5 minit
Pada carta 5 minit, trajektori pasangan mata wang EUR/USD ini sangat tidak sekata pada hari Selasa. Seperti yang anda boleh lihat dalam ilustrasi di atas, harga telah melepasi tahap 1.1585 beberapa kali namun tahap ini telah kehilangan relevan pada penghujung hari. Apabila harga berulang kali melepasi tahap yang sama, ini adalah isyarat pertama untuk pergerakan mendatar yang akan datang. Sebenarnya, inilah yang kami perhatikan sepanjang hari. Pada masa ini, pergerakan mendatar jelas dibezakan, tetapi semasa sesi dagangan Eropah, ia tidak begitu jelas. Oleh itu, pedagang sepatutnya cuba menggunakan dua isyarat pertama berhampiran tahap 1.1585. Namun, isyarat ini akhirnya membawa kerugian kepada pedagang baru. Pesanan membeli pertama ditutup dengan kerugian sebanyak 11 pip. Sementara pesanan menjual kedua pula telah menyebabkan kerugian 10 pip. Kedua-dua kerugian ini menyatakan bahawa harga bergerak ke arah yang betul dengan hanya 10 pip, yang tidak mencukupi walaupun untuk menetapkan pesanan Stop Loss ke titik pulang modal. Dua isyarat dagangan terakhir juga ternyata palsu. Pedagang baru tidak sepatutnya mengikutinya kerana dua isyarat palsu telah pun dibentuk berhampiran tahap 1.1585 pada ketika itu.
Tip dagangan pada Rabu
Garis arah aliran menaik telah dibentuk pada carta 30 minit pada masa ini. Jika ia kekal sehingga esok, maka anda boleh membuka pesanna membeli selepas harga melantun dari tahap ini. Walau bagaimanapun, kemungkinan besar harga akan mengukuh di bawah garis arah aliran ini pada hari ini. Pada carta 5 minit, tahap utama untuk 10 November didapati terletak pada 1.1535, 1.1607, 1.1617 dan 1.1622. Seperti biasa, pesanan Take Profit hendaklah ditetapkan pada jarak 30-40 pips. Pesanan Stop Loss harus diletakkan pada titik pulang modal sebaik sahaja harga melepasi 15 pip ke arah yang betul. Pada carta 5 minit, tahap yang paling hampir boleh berfungsi sebagai sasaran melainkan ia terletak terlalu dekat atau terlalu jauh. Jika ya, maka anda harus bertindak mengikut situasi atau berdagang dengan menggunakan pesanan Take Profit. Pada Rabu, kami menasihati pedagang baru untuk memberikan perhatian kepada laporan inflasi AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada sebelah petang. Walaupun pasangan mata wang ini telah bertahan dalam saluran mendatar selama lebih daripada sebulan (seperti yang dapat diperhatikan dengan jelas pada carta masa yang lebih besar), reaksi terhadap laporan ini boleh menjadi sangat kuat.
Peraturan asas sistem dagangan:
1) Kekuatan isyarat dikira mengikut masa yang diambil untuk membentuk isyarat (melantun atau mengatasi tahap). Semakin sedikit masa yang diambil, semakin kuat isyaratnya.
2) Jika dua atau lebih tawaran dagangan dibuka berhampiran tahap tertentu berdasarkan isyarat palsu (yang tidak mencetuskan Take Profit atau tahap sasaran terdekat), maka semua isyarat berikutnya daripada tahap ini harus diabaikan.
3) Di kedudukan mendatar, mana-mana pasangan boleh membentuk banyak isyarat palsu atau tidak membentuknya sama sekali. Tetapi dalam apa jua keadaan, pada tanda-tanda awal mendatar, adalah lebih baik untuk berhenti berdagang.
4) Tawaran dagangan dibuka dalam tempoh masa antara permulaan sesi dagangan Eropah dan sehingga pertengahan sesi dagangan Amerika, apabila semua tawaran mesti ditutup secara manual.
5) Pada TF 30 minit, menggunakan isyarat daripada indikator MACD, anda boleh berdagang hanya jika terdapat volatiliti yang baik dan arah aliran, yang disahkan oleh garis arah aliran atau saluran aliran.
6) Jika dua tahap terletak terlalu dekat antara satu sama lain (dari 5 hingga 15 mata), maka ia harus dianggap sebagai kawasan sokongan atau rintangan.
Pada carta:
Tahap Sokongan dan Rintangan ialah Tahap yang berfungsi sebagai sasaran apabila membeli atau menjual pasangan. Anda boleh meletakkan Take Profit berhampiran tahap ini.
Garis merah ialah saluran atau garis arah aliran yang memaparkan arah aliran semasa dan menunjukkan arah mana lebih baik untuk berdagang sekarang.
Indikatior MACD (14,22,3) terdiri daripada histogram dan garis isyarat. Apabila mereka menyilangi, ini adalah isyarat untuk memasuki pasaran. Adalah disarankan untuk menggunakan indiaktor ini dalam gabungan dengan garis arah aliran (saluran dan garis arah aliran).
Ucapan dan laporan penting (sentiasa terkandung dalam kalendar berita) boleh mempengaruhi pergerakan pasangan mata wang. Oleh itu, semasa penerbitan laporan, adalah disarankan untuk berdagang dengan lebih berhati-hati atau keluar dari pasaran untuk mengelakkan pembalikan harga yang mendadak terhadap pergerakan sebelumnya.
Pedagang baru Forex perlu memahami dengan lebih jelas bahawa tidak setiap dagangan harus menguntungkan. Pembangunan strategi yang jelas dan pengurusan wang adalah kunci kejayaan dalam perdagangan dalam jangka masa yang panjang.
