logo

FX.co ★ EUR/USD: penarikan harga semula jadi, kesinambungan trend menaik diramalkan

EUR/USD: penarikan harga semula jadi, kesinambungan trend menaik diramalkan

Pasangan mata wang EUR/USD membuat sedikit penarikan semula harga dalam dagangan jangka pendek, walau bagaimanapun kecenderungan pasaran kekal menaik. Ia berada pada tahap 1.0409 sewaktu penulisan artikel ini. Selepas pertumbuhan yang kukuh, penarikan semula harga yang kecil berlaku secara semula jadi. Ia boleh menguji dan menguji semula tahap sokongan sebelum melanjutkan pertumbuhannya.

Pada asasnya, pasangan mata wang ini telah melonjak lebih tinggi selepas data perkhidmatan dan pembuatan AS mencatatkan bacaan yang lebih buruk berbanding ramalan, manakala angka pembuatan dan perkhidmatan zon Eropah dan Jerman memyaksikan bacaan yang ebih baik daripada jangkaan. Juga, Minit Mesyuarat FOMC memberi isyarat bahawa FED akan menyampaikan hanya kenaikan 50 mata asas pada mesyuarat seterusnya.

Hari ini, Euro menerima bantuan daripada Iklim Perniagaan ifo Jerman yang datang lebih baik daripada jangkaan.

EUR/USD Menguji Semula Halangan yang Telah Dicapai!

Lihat juga: Anda boleh membuka akaun perdagangan di sini.
EUR/USD: penarikan harga semula jadi, kesinambungan trend menaik diramalkan

Secara teknikalnya, kadar menemui rintangan pada R1 (1.0450) dan kini ia telah menguji semula sokongan statik 1.0396. Selagi ia kekal di atas garis aliran menaik, kecenderungan pasaran akan kekal menaik.

1.0448 dan R1 mewakili halangan menaik. Dalam dagangan jangka pendek, ia boleh mengumpul lebih banyak tenaga kenaikkan harga sebelum melonjak lebih tinggi.

Ramalan dagangan pasangan mata wang EUR/USD!

Kekal berdagang di atas garis aliran menaik dan membuat corak Higher high (HH) yang mengisyaratkan pertumbuhan selanjutnya. Secara peribadi, saya akan cuba membuka pesanan membeli jika senario ini terbentuk. Kesinambungan trend menaik boleh dibatalkan hanya dengan penembusan harga yang sah di bawah garis aliran menaik.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan