logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan Emas (XAU/USD) untuk 02-05 Disember 2022: buka pesanan menjual sekiranya terdapat penarikan semula harga pada paras $1,812 atau di bawah $1,804 (+2/8 Murray - saluran menaik)

Isyarat Dagangan Emas (XAU/USD) untuk 02-05 Disember 2022: buka pesanan menjual sekiranya terdapat penarikan semula harga pada paras $1,812 atau di bawah $1,804 (+2/8 Murray - saluran menaik)

Isyarat Dagangan Emas (XAU/USD) untuk 02-05 Disember 2022: buka pesanan menjual sekiranya terdapat penarikan semula harga pada paras $1,812 atau di bawah $1,804 (+2/8 Murray - saluran menaik)

Pada awal sesi dagangan Eropah, Emas (XAU/USD) diniagakan pada tahap 1,798, bahagian bawah saluran kenaikkan dan menunjukkan beberapa pembetulan teknikal selepas rali kenaikkan harga semasa berlaku dalam sesi dagangan Amerika pada hari Khamis.

Emas meningkat kepada 1,804.28, tahap tinggi sejak awal Ogos. Pasangan XAU/USD disokong oleh penjualan dolar yang berpanjangan dan hasil Perbendaharaan yang melemah.

Emas memulakan rali kenaikkan pada hari Rabu apabila ia diniagakan pada paras 1,750, selepas kenyataan "dovish" daripada Pengerusi Fed AS, Jerome Powell. Pada masa ini, purata hasil Perbendaharaan AS terus menurun, mengekalkan tekanan ke atas mata wang AS.

Dalam beberapa jam yang akan datang, kemungkinan Emas akan mempunyai pembetulan teknikal yang kukuh dan ia cenderung untuk jatuh ke arah +1/8 Murray yang terletak pada paras 1,781. Paras ini boleh mencetuskan rali baharu dan harga berpotensi untuk mencapai semula paras psikologi 1,800 dan malah ke arah +2/8 Murray pada 1,812.

Sekiranya berlaku penarikan semula harga ke bahagian atas saluran aliran menaik sekitar 1,804 -1,812, ia akan dianggap sebagai isyarat untuk menjual, dengan sasaran masing-masing terletak pada paras 1,790 dan 1,781. Di bawah paras harga ini, kita boleh menjangkakan penurunan kepada SMA 21 yang terletak pada 1,760.

Merujuk kepada carta 4 Jam, kita dapat melihat bahawa Emas kekal diniagakan dalam saluran aliran menaik yang dibentuk sejak 18 November. Memandangkan ia telah mencapai tahap terlebih belian (overbought), pedagang boleh membuka pesanan menjual pada pembetulan teknikal. Pembetulan teknikal boleh dijangka dalam beberapa hari akan datang ke arah kawasan utama 1,780, hanya jika aset diniagakan di bawah $1,812.

Data gaji bukan perladangan akan diterbitkan pada awal sesi Amerika, data ini berkemungkinan menjana turun naik pasaran yang kukuh dalam emas dan ia boleh mencapai zon rintangan 1,812. Sekiranya terdapat penolakan harga pada paras ini, ia akan menjadi isyarat untuk menjual dengan sasaran masing-masing terletak pada 1,780 dan 1,760.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan