logo

FX.co ★ Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Mei

Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Mei

Analisis urusniaga pasangan mata wang EUR/USD

Penembusan harga pasangan mata wang EUR/USD pada tahap 1.0689 telah menawarkan isyarat kemasukan pesanan membeli dalam pasaran. Secara kebetulan, garis MACD baru mula bergerak di atas sifar, oleh yang demikian, pasangan mata wang ini telah meningkat sebanyak 35 pips. Ia mencecah tahap 1.0725, di mana penjual menjadi aktif dan berusaha untuk lantunan semula. Oleh itu, pembetulan harga sekitar 20 pips telah berlaku.

Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Mei

Walaupun aktiviti perniagaan dan PMI komposit di zon Eropah menunjukkan sedikit penurunan dalam pertumbuhan, ia tidaklah membimbangkan seperti UK, yang selangkah lagi daripada kemelesetan. Namun, tiada rali dalam pasangan mata wang EUR/USD kerana ucapan Presiden ECB Christine Lagarde tidak menyebut sesuatu yang baharu. Pada sebelah petang, laporan mengenai indeks serupa di AS tidak membantu dolar kerana ia hampir bertepatan dengan ramalan ahli ekonomi.

Hari ini, laporan KDNK Jerman dijadualkan akan dikeluarkan, diikuti dengan ucapan ahli ECB Fabio Panetta dan Philip Lane. Jika kedua-duanya terus mengkritik tindakan bank pusat, maka besar kemungkinan euro akan membuat satu lagi percubaan untuk berkembang. Pada sebelah petang, data mengenai pesanan untuk barangan tahan lama dan ucapan ahli FOMC Lael Brainard akan diabaikan oleh pasaran kerana kebanyakannya akan memberi tumpuan kepada minit mesyuarat Fed Mei. Peniaga pastinya akan cuba mencari petunjuk tindakan yang lebih agresif oleh bank pusat, iaitu, peningkatan selanjutnya dalam kadar faedah pada mesyuarat akan datang. Jika tidak, tekanan ke atas dolar AS akan berterusan, manakala selera risiko akan meningkat.

Untuk membuka pesanan membeli:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan membeli euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.0721 (garis hijau pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0779 (garis hijau yang lebih tebal pada carta). Terdapat peluang untuk kenaikan harga pada hari ini, tetapi hanya selepas data yang sangat baik mengenai Jerman dan ucapan oleh wakil ECB. Namun begitu, sila pastikan apabila anda membuka pesanan membeli, garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan membeli pada tahap 1.0687, tetapi garis MACD seharusnya berada di kawasan terlebih jualan (oversold), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0721 dan 1.0779.

Untuk membuka pesanan menjual:

Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk membuka pesanan menjual euro apabila sebut harga mencapai tahap 1.0687 (garis merah pada carta) dan kemudian menetapkan pesanan Take Profit pada tahap 1.0624. Tekanan akan kembali jika tiada aktiviti kenaikan harga dalam pasaran selepas laporan statistik yang baik dari Jerman. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa sewaktu anda membuka pesanan menjual, pastikan garis MACD berada di bawah sifar, atau mula bergerak turun daripadanya. Ia juga adalah mungkin untuk membuka pesanan menjual EUR pada tahap 1.0721, walau bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih belian (overbought), kerana hanya dengan itu pasaran akan diterbalikkan ke tahap 1.0687 dan 1.0624.

Analisis dan tips dagangan pasangan mata wang EUR/USD pada 25 Mei

Apa yang terdapat carta:

Garis hijau halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan membeli.

Garis hijau tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin meningkat melebihi tahap ini.

Garis merah halus menunjukkan titik kemasukan untuk membuka pesanan menjual.

Garis merah tebal ialah ramalan harga di mana anda boleh menetapkan pesanan Take Profit atau mengunci keuntungan sendiri kerana harga tidak mungkin menurun di bawah tahap ini.

Indikator MACD. Apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk memberi perhatian kepada zon 'Overbought' dan 'Oversold'.

Penting. Pedagang baru perlu membuat keputusan yang sangat berhati-hati untuk memasuki pasaran. Sebelum pengumuman laporan fundamental yang penting, adalah lebih baik untuk menjauhkan diri daripada pasaran. Pasaran diniagakan dengan agak tidak menentu dan anda mungkin akan mengalami kerugian. Jika anda membuat keputusan untuk berdagang semasa pengumuman berita, maka anda perlu menetapkan pesanan Stop Loss bagi tujuan meminimumkan kerugian. Sekiranya anda tidak berbuat sedemikian, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit dengan sekelip mata, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang tetapi berdagang dalam jumlah yang besar.

Perlu diingat bahawa dagangan yang berjaya perlu untuk mempunyai pelan dagangan yang jelas, mengikut contoh yang saya bentangkan di atas. Bergantung kepada keputusan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa pada mulanya merupakan strategi merugikan untuk pedagang harian.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan