logo

FX.co ★ Analisis dan cadangan dagangan untuk GBP/USD pada 4 Oktober

Analisis dan cadangan dagangan untuk GBP/USD pada 4 Oktober

Analisis urus niaga dalam pasangan GBP/USD

Tiada sebarnag perkara yang menarik hari ini, jadi pound pasti akan meningkat kerana keyakinan adalah positif, susulan daripada tindakan Bank of England. Sebut harga mungkin kembali ke kawasan 1.14 dan 1.15. Tetapi ucapan wakil Rizab Persekutuan (Fed) mungkin menyejukkan sedikit semangat pembeli kerana kemungkinan besar akan menyebut keperluan untuk menaikkan kadar faedah sebanyak 1.25% lagi sebelum akhir tahun ini. Sementara itu, data mengenai pesanan pembuatan di AS, yang dijadualkan dikeluarkan pada sebelah petang, tidak akan menarik minat pedagang, jadi terdapat peluang untuk kenaikan berterusan dalam GBP/USD.

Analisis dan cadangan dagangan untuk GBP/USD pada 4 Oktober

Untuk kedudukan panjang (beli):

Beli pound apabila sebut harga mencapai 1.1343 (garisan hijau pada carta) dan ambil untung (TP) pada harga 1.1418 (garisan hijau lebih tebal pada carta). Pertumbuhan akan berlaku, tetapi ia akan berhenti sebaik sahaja data negatif muncul. Namun begitu, pedagang boleh membeli selagi garis MACD berada di atas sifar atau mula meningkat darinya.

Pound juga boleh dibeli pada 1.1295, tetapi garis MACD sepatutnya berada di kawasan terlebih jual kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.1343 dan 1.1418.

Untuk kedudukan pendek (jual):

Jual pound apabila sebut harga mencapai 1.1295 (garisan merah pada carta) dan ambil untung (TP) pada harga 1.1221. Tekanan akan kembali sekiranya statistik lemah dan penurunan selera risiko akibat ketegangan geopolitik. Tetapi ambil perhatian bahawa apabila menjual, garis MACD sepatutnya berada di bawah sifar atau mula bergerak ke bawah daripadanya.

Pound juga boleh dijual pada 1.1343, bagaimanapun, garis MACD sepatutnya berada dalam kawasan terlebih beli, kerana hanya dengan itu pasaran akan berbalik kepada 1.1295 dan 1.1221.

Apakah yang terdapat pada carta:

Garis hijau nipis ialah tahap utama di mana anda boleh meletakkan kedudukan beli dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis hijau tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di atas paras ini.

Garis merah nipis ialah tahap di mana anda boleh meletakkan kedudukan jual dalam pasangan mata wang GBP/USD.

Garis merah tebal ialah harga sasaran, memandangkan sebut harga tidak mungkin bergerak di bawah paras ini.

Garis MACD - apabila memasuki pasaran, adalah penting untuk berpandukan zon terlebih beli dan terlebih jual.

Penting: Pedagang baru perlu lebih berhati-hati apabila membuat keputusan untuk memasuki pasaran. Sebelum penerbitan laporan penting, tindakan yang terbaik adalah tetap berada di luar pasaran untuk mengelakkan terjebak dalam turun naik yang ketara dalam kadar. Sekiranya anda memutuskan untuk berdagang semasa siaran berita, pastikan sentiasa membuat pesanan berhenti untuk mengurangkan kerugian. Tanpa membuat pesanan berhenti, anda boleh kehilangan keseluruhan deposit anda dengan cepat, terutamanya jika anda tidak menggunakan pengurusan wang dan melaksanakan dagangan dengan jumlah besar.

Dan perlu diingatkan selalu bahawa untuk dagangan yang berjaya, anda perlu mempunyai rancangan dagangan yang jelas. Keputusan dagangan spontan berdasarkan situasi pasaran semasa adalah strategi kehilangan yang berterusan untuk pedagang intraday.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan