logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan EUR/USD pada 8-12 Disember 2023: Tahap utama 1.0780 (21 SM- Saluran menurun)

Isyarat Dagangan EUR/USD pada 8-12 Disember 2023: Tahap utama 1.0780 (21 SM- Saluran menurun)

Isyarat Dagangan EUR/USD pada 8-12 Disember 2023: Tahap utama 1.0780 (21 SM- Saluran menurun)

Pada awal sesi dagangan Eropah, pasangan mata wang EUR/USD diniagakan di sekitar 1.0787 di atas SMA 21 dalam saluran aliran menurun yang telah terbentuk sejak awal Disember.

Menurut carta 1 Jam, euro telah menunjukkan beberapa pemulihan setelah mencapai tahap rendah pada 1.0754 dan mengukuh di atas Purata Bergerak (MA) yang mengisyaratkan bahawa pemulihan cenderung untuk dilanjutkan dalam beberapa hari akan datang, asalkan pasangan EUR/USD berjaya kekal berdagang di atas 1.0800.

Pada beberapa jam yang akan datang, semasa sesi dagangan AS, Penyata Gaji Bukan Ladang (NFP) dijadualkan akan dikeluarkan, dan data dijangka positif untuk Dolar AS yang boleh memberi tekanan kepada euro. Oleh itu, pasangan EUR/USD boleh turun ke tahap 1.0765 dan bahkan mencapai 4/8 Murray sekitar 1.0742. Akhirnya, ia boleh menguji bahagian bawah saluran aliran menurun sekitar 1.0728.

Sebaliknya, jika data AS melemah untuk Dolar AS, kita boleh menjangkakan penembusan mendadak di atas saluran aliran menurun yang boleh dilihat sebagai peluang untuk membeli di atas 1.0800 dan pada masa yang sama, ia boleh mengesahkan corak panji kenaikkan harga. Oleh itu, sasarannya berkemungkinan akan berada pada tahap 1.0843 dan 5/8 Murray pada tahap 1.0864.

Indikator "Eagle" telah mencapai zon terlebih beli (overbought) pada carta 1 Jam. Ini bermakna akan terdaoat pembetulan teknikal dalam tempoh beberapa jam akan datang yang boleh dianggap sebagai isyarat untuk kemasukan pesanan menjual hanya jika pasangan EUR/USD ini mengukuh di bawah 1.0780.

Laporan sentimen pasaran menunjukkan bahawa terdapat 57.22% pedagang yang membeli euro. Menurut strategi kontrarian kami, kami menjangkakan euro akan meneruskan kejatuhannya pada hari-hari mendatang dan instrumen tersebut mungkin mencapai 1.0700.

Pelan dagangan kami untuk beberapa jam akan datang adalah menjual euro di bawah tahap 1.0780 dengan sasaran masing-masing ditetapkan pada tahap 1.0765, 1.0742, dan 1.0728. Sebaliknya, penyatuan harga di atas 1.0800 pada carta 1 Jam akan dilihat sebagai peluang membeli dengan sasaran terletak pada 1.0864.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan