logo

FX.co ★ Isyarat Dagangan untuk EUR/USD pada 18-20 Mac 2024: Buka pesanan beli di atas tahap 1.0860 (2/8 Murray - segitiga simetri)

Isyarat Dagangan untuk EUR/USD pada 18-20 Mac 2024: Buka pesanan beli di atas tahap 1.0860 (2/8 Murray - segitiga simetri)

Isyarat Dagangan untuk EUR/USD pada 18-20 Mac 2024: Buka pesanan beli di atas tahap 1.0860 (2/8 Murray - segitiga simetri)

Pasangan mata wang EUR/USD diniagakan dalam saluran aliran menaik, dalam corak segitiga simetri, di atas EMA 200, dan di atas sokongan Murray 2/8 yang terletak pada tahap 1.0864.

Corak segitiga simetri boleh memberikan kita isyarat utama. Kita hanya perlu menunggu penembusan harga pada salah satu sisinya. Disebabkan penembusan kenaikkan harga, instrumen itu boleh mencapai 1.0911 dan juga bahagian atas saluran aliran menurun sekitar 1.0940.

Sebaliknya, jika euro meneruskan penurunannya, pasangan mata wang EUR/USD ini harus berhenti di sekitar sokongan yang kuat dan cuba melantun dari tahap itu. Kawasan ini terletak di sekitar 200 EMA dan 2/8 Murray. Sekiranya senario ini berlaku, pada ketika ini kita dapat mencari peluang untuk membuka pesanan beli dengan sasaran terletak pada tahap 1.0930.

Trend kenaikan harga boleh berubah dalam euro dan pasangan EUR/USD boleh memasuki fasa penurunan harga baharu. Untuk ini, kita harus menjangkakan penurunan harga di bawah tahap 1.0864. Kemudian dalam jangka pendek, instrumen boleh mencapai tahap 1.0803 dan bahkan 1.0700.

Oleh kerana indikator Eagle menghampiri tahap terlebih jual (oversold), kita berpeluang untuk membuka pesanan beli euro. Di atas tahap 1.0880 atau sekitar 1.0860, kedua-dua tahap akan memberi kita titik utama untuk membeli. Tetapi di bawah kawasan ini, kita harus mengelak daripada membeli kerana penurunan mendadak boleh berlaku.

Laporan sentimen pasaran menunjukkan bahawa terdapat 54.26% pedagang yang membeli euro. Menurut strategi bertentangan kami, euro dijangka jatuh di bawah 1.0864 pada hari-hari mendatang hanya jika peratusan pembeli melebihi 60%.

Pelan dagangan kami untuk tempoh beberapa jam akan datang adalah untuk membuka pesanan beli euro di atas tahap 1.0860 atau di atas 1.0880 dengan sasaran terletak pada tahap 1.0940.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan