
Penembusan harga di atas tahap 1.6240-1.6300 telah berlaku pada akhir November. Satu lagi julat pengukuhan harga telah ditubuhkan di antara tahap harga 1.6240-1.6450. Kenaikkan harga impulsif sebelum ini telah dimulakan ke arah tahap 1.6570-1.6600 bagi memebolehkan aliran kenaikkan harga ini bergerak ke tahap tahap tertinggi baru pada tahun 2013.
Penolakan penurunan harga yang terakhir telah berlaku pada hari Khamis (2 Januari) apabila tekanan penurunan harga telah digunakan berhampiran pada tahap harga 1.6600 (had atas pengembangan baji) yang mana ia telah membentuk corak 'double top' berserta dengan beberapa cartalilin penyelubungan penurunan harga di bahagian kanan corak.
Setelah harga berjaya menembusi pada tahap 1.6460, pasangan mata wang GBP/USD telah menyatakan ketidaktentuan aliran pada tahap harga 1.6340-1.6440. Aliran kenaikkan harag telah membentuk corak 'inverted head-and-shoulders' yang mana ia akan mencapai unjuran sasaran pada tahap 1.6460 seperti yang telah dinyatakan di dalam artikel-artikel terdahulu pada minggu ini.
Bagi dagangan jangka masa pendek, 1.6460-1.6480 (Zon Bekalan) berpotensi untuk mengumpulkan momentum penurunan harga yang cukup untuk menolak harga bergerak ke tahap yang lebih rendah ke arah 1.6280-1.6 230 (zon PERMINTAAN yang terkenal).
Adalah disarankan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan MENJUAL bagi pasangan mata wang GBP/USD ini di sekitar 1.6460 yang mana ia berkemungkinan akan menjadi pilihan yang sah dengan Stop Loss ketat sebagai penutupan 4H di atas tahap 1.6500.
Berhati-hati dalam membuat keputusan sebagaimana terdapat dua pengumuman data fundamental penting yang mencatatkan bacaan negatif iaitu kadar pengangguran bulanan kecuali Amerika Syarikat. Ia berkemungkinan besar akan mempengaruhi pasangan mata wang ini semasa pengukuhan harga pada hari ini, oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal pada SL seperti yang telah kami sebutkan di atas.
