EUR/USD: Pasangan mata wang kini didagangkan di dalam aliran penurunan harga dan ia diramalkan akan berterusan sepanjang minggu ini. Kami kini sedang memerhatikan garisan sokongan di tahap 1.3500 dan 1.3450, yang mana ia adalah merupakan turutan sasaran untuk aliran penurunan harga. Sementara itu, garisan rintangan yang terletak pada tahap 1.3600 dan 1.3650 harus bertindak sebagai rintangan terhadap sebarang ancaman kenaikkan harga yang berkemungkinan.

USD/CHF: Pada minggu ini, pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan berdagang di atas tahap pasaran 0.9100. Sasaran utama untuk minggu ini adalah tahap rintangan 0.9200. Corak Pengesahan kenaikkan harga pada carta menunjukkan bahawa harga lebih cenderung terhadap aliran kenaikkan harga yang memihak kepada pembeli.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini kelihatan 'berat hati' untuk aliran penurunan harga, dan harga telah melonjak tinggi pada hari Jumaat lalu sebelum pasaran ditutup pada tahap harga 1.6422. Persoalannya sekarang ialah: Adakah pasangan mata wang ini akan berdagang dalam aliran menaik atau sebaliknya pada minggu ini? Untuk mendapatkan jawapan bagi persoalan ini, para pedagang perlu menunggu untuk isyarat yang lebih jelas di dalam carta. Harga perlu berdagang di atas wilayah pengagihan yang terletak pada tahap 1.6500 sebelum kecenderungan aliran kenaikkan harga boleh disahkan. Begitu juga sebaliknya, harga perlu menembusi di bawah wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.6300 sebelum kecenderungan aliran penurunan harga dapat disahkan.
USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini diniagakan lebih rendah pada awal minggu lalu dan harga kemudiannya telah melonjak naik dengan ketara sebelum harga didagangkan secara mendatar. Tindakan harga menunjukkan bahawa harga berkemungkinan akan melanjutkan pergerakkan menaik.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini memulakan dagangan di dalam aliran menurun pada minggu lalu, dan harga kemudiannya telah berdagang dalam aliran kenaikkan harga setelah diuji sebelum ia kembali didagangkan dalam aliran menurun. Harga perlu menembusi zon permintaan yang terletak pada tahap 141.00 bagi membolehkan harga bergerak ke arah bawah, dan seterusnya menuju ke arah satu lagi zon permintaan pada tahap 140.00.
