logo

FX.co ★ Analisis Emas untuk 20 Januari, 2014

Analisis Emas untuk 20 Januari, 2014

Analisis Emas untuk 20 Januari, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami yang terakhir, emas telah didagangkan di dalam aliran menaik, sepertimana yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1,261.23 pada jumlah purata berdasarkan pada carta masa M30. Kita juga mendapati bahawa permintaan telah memasuki pasaran pada athap harga 1,237.50 yang mana ia telah menyebabkan harga memulakan pergerakan menaik. Sebagaimana harga telah berjaya menembusi pada tahap 1,254.00, maka kami menjangkakan bahawa akan terdapat ujian harga yang lebih kecil pada FE 100% (1,270.00) dan ujian harga utama yang berkemungkinan adalah pada FE 100% iaitu pada tahap harga 1,279.00-1,295.00. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa emas kini sedang berdagang di dalam aliran menurun dan ia kini berada di dalam fasa pembetulan kenaikkan harga. Kita juga berkemungkinan akan dapat melihat ujian harga disekitar tahap 1,251.00-1,244.00, sebelum harga melanjutkan pergerakan kenaikkan harga. Kedudukan menjual emas pada tahap ini kelihatan sangat berisiko sebagaimana emas kini sedang berada di dalam fasa pembangunan pembetulan kenaikkan harga, dan kami juga mendapati bahawa permintaan pada jumlah yang tinggi di bahagian belakang. Perhatikan peluang untuk membeli.

Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1,259.93

R2: 1,262.03

R3: 1,265.43

Tahap Sokongan:

S1: 1,253.13

S2: 1,251.03

S3: 1,247.63

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati semasa menjual dan cuba dapatkan fasa kesinambungan kenaikkan harga.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan