
USD/CAD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang USD/CAD ini telah menembusi pada tahap ketidaksahihan semasa sesi dagangan awal London, kami telah melakukan sedikit perubahan pada perkiraan gelombang kami untuk mendapatkan isyarat baru bagi pasangan mata wang ini. Berdasarkan pada carta 1 jam, kita telah dapat melihat bahawa kitaran gelombang (b) (berwarna merah) telah selesai pada tahap harga 1.0841, pada masa ini, kita akan mencari mana-mana penarikan semula harga bagi membolehkan para pedagang membuka kedudukan membeli di dalam gelombang akhir (c)(berwarna merah) sementara tahap rendah ini mengukuh yang mana ia kemudiannya akan membentuk Ending Diagonal. Seterusnya, kita akan menerima isyarat membeli baru selepas harga menolak ke tahap yang lebih rendah iaitu disekitar tahap 1.0935, 50% daripada gelombang i (berwarna biru). Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang (C) perlu ditarik semula 100% daripada gelombang (A), maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang (A) dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 1.1200 (100% daripada gelombang (A)). Pedagang Swing juga boleh mencuba untuk membuka kedudukan yang sama sebagaimana isyarat ayunan seterusnya yang jelas akan kelihatan sejurus selepas gelombang (C) melengkapkan kitaran.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0884 (S2) 1.0906 (S1) 1.0926 (PP) 1.0948 (R1) 1.0968 (R2) 1.0990 (R3) 1.1010
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 1.0935 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 1.0841 dan Take Profit pada tahap 1.1200 adalah dicadangkan.
