logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 21 Januari, 2014

Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 21 Januari, 2014

Analisis Gelombang Elliott AUD/USD untuk 21 Januari, 2014

AUD/USD Gelombang Elliott

Sebagaimana analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang AUD/USD ini dilihat masih lagi berdagang dalam aliran menaik, membangunkan gelombang pembetulan ii (berwarna biru) pada gelombang yang lebih besar (v) (berwarna merah). Berdasarkan pada carta 1 jam, kami mendapati bahawa harga yang telah ditolak ke arah tahap 0.8837 pada hari semalam, pergerakkan harga ini dilihat seperti pergerakkan pembetulan harga dan itulah sebabnya kami menasihatkan kepada pembeli agar menunggu sehingga harga berdagang di atas tahap rendah 0.8757. Para pedagang yang ingin membuka kedudukan membeli perlu menunggu sehingga harga menembusi di atas tahap 0.8800 yang mana ia akan memberikan isyarat membeli baru, dan bagi para pedagang yang telah membuka kedudukan membeli, anda disarankan untuk mengerakkan kedudukan Stop loss anda ke tahap titik pulang modal. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa Gelombang 1 perlu menarik semula 50% daripada gelombang 1, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan menetapkan kedudukan take profit pada tahap 0.8920 (50% daripada gelombang 1).

Perkiraan alternatif: Dari tahap rendah 0.8757, kita sudah mempunyai sub-gelombang yang mencukupi untuk melengkapkan gelombang ii (berwarna biru), penembusan harga di bawah tahap 0.8757 akan menukar kami kepada penjual, oleh yang demikian, berikan tumpuan terhadap tahap utama ini.

Sokongan dan Rintangan

(S3) 0.8707 (S2) 0.8732 (S1) 0.8771 (PP) 0.8796 (R1) 0.8835 (R2) 0.8860 (R3) 0.8899

Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menaik. Itulah sebabnya kedudukan membeli akan berada pada tahap 0.8800 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.8756 dan Take Profit pada tahap 0.8920 adalah dicadangkan.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan