Emas meningkat ekoran daripada pertumbuhan ekonomi yang tidak konsisten AS dan permintaan musim perayaan di China. Para pedagang kini sedang menanti keputusan mesyuarat Fed yang bakal berlangsung pada 28-29 Januari. Sementara itu, permintaan musim perayaan di China menunjukkan peningkatan, ini kerana musim perayaan dijadualkan akan bermula pada 31 Januari ini. Di India pula, musim perkahwinan telah bermula, ini kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk emas fizikal. Mata wang Dolar menunjukkan prestasi perdagangan yang baik di atas tahap 81.0 dan harga berpotensi untuk mengukuh lagi sekiranya laporan mengenai tuntutan pengangguran dan jualan rumah sedia ada pada minggu ini adalah positif. Pengukuhan mata wang Dolar ini adalah merupakan satu petanda negatif untuk Emas di mana ia berkemungkinan akan menyebabkan harga emas berdagang di sebelah bawah.
Berdasarkan pada carta harian, pengayun menghasilkan isyarat menjual. Disebabkan keadaan oversold, harga akan sedikit menurun. Aliran keseluruhan menunjukakn pergerakkan penurunan harga. Pada asas mingguan pula, emas dilihat telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap harga $ 1,235 pada minggu ini yang mana ia adalah bersamaan dengan tahap rendah minggu lalu $ 1.234.
Harga melantun daripada tahap $ 1235,30, pergerakkan penurunan harga telah dihadkan ekoran daripada keadaan over sold pada carta setiap jam. Pengayun menunjukkan isyarat membeli dengan menetapkan sl pada tahap 1,234. Untuk tempoh sepanjang minggu ini, jika emas berjaya menyelamatkan sokongan mingguan pada tahap $ 1,234, maka dijangkakan akan dapat lihat penarikan semula harga di dalam carta ke arah zon rintangan. Harga Emas kini sedang didagangkan di bawah DEMA21, pergerakkan menaik harga yang selanjutnya berkemungkinan hanya akan mencecah di atas tahap 1,245. Kita masih kekal pada strategi pedagangan kami iaitu membuka kedudukan menjual semasa kenaikkan harga.
Urusniaga Harian
Sokongan- $1,239 $1,234
Rintangan $1,245 $1,259


Strategi Urusniaga Harian-
Ambil pesanan membeli dengan menetapkan sl pada tahap harga $ 1234 untuk sasaran T1-$ 1,244 T2-$ 1,250 T3-$ 1,255, CMP $ 1,241. (t2 t3 dan akan datang hanya di atas $ 1,245)
