Harga emas kini telah berada di bawah tekanan dan pengukuhan harga bagi mata wang dolar berkemungkinan akan menyumbang kepada penurunan permintaan emas. Emas diramalkan akan kekal berdagang di bawah tekanan sebelum mesyuarat Fed berlangsung pada akhir bulan ini. Para pedagang kini sedang menanti mesyuarat Fed, apakah keputusannya nanti? SEKIRANYA Fed melanjutkan program pemotongan pembelian bon, maka emas diramalkan akan bergerak ke arah bawah. Laporan mengenai kadar pengangguran dan jualan rumah pada hari ini sebahagian besarnya berpotensi untuk mendedahkan tindakan lanjut Fed, yang mana ia adalah merupakan hari besar bagi mata wang dolar AS dan emas. Selepas data diumumkan, kita berkemungkinan akan dapat melihat aliran jangka pendek untuk emas. Emas kini sedang didagangkan di dalam zon sokongan mingguan penting pada tahap harga $ 1,230. Semalam, harga dilihat telah gagal untuk menembusi zon rintangan yang terletak pada tahap $ 1,245 dan ia telah memulakan pergerakkan penurunan harga.
Sebagaimana yang telah dinyatakan pada carta setiap jam, pengayun kini telah memasuki kedudukan terlebih jual, menyebabkan berlakunya penarikan semula harga. Harga kini sedang didagangkan di bawah DEMA21, tahap tinggi multi pada tahap $ 1,243-$ 1,244 yang mana ia bertindak sebagai zon rintangan yang kuat. Kita juga dapat memerhatikan band dagangan pada $ 1,230 - $ 1,244.
Sokongan- $1,230, $1,226, $1,220.
Rintangan- $1,240, $1,244, $1,255.
Berdasarkan pada carta harian, pengayun kini sedang berada di dalam aliran bercampur-campur, manakala stokastik pula berada di dalam zon terlebih beli yang ekstrem. Jika harga berjaya menembusi zon sokongan sebelum ini yang terletak pada tahap harga $ 1234, maka sokongan serta-merta akan kelihatan pada tahap $ 1,230.
Dagangan pada hari Khamis telah bermula tadi, harga kini sedang diniagakan pada tahap $ 1,233.5, menembusi zon sokongan mingguan, penarikan semula harga pada tahap 38.2 kini dilihat bertindak sebagai sokongan.
Cadangan Perdagangan Harian- Ambil pesanan membeli dengan menetapkan kedudukan sl pada tahap$1,230, dan sasaran pada tahap $1,234 $1,240, cmp pada tahap $1,232. 


