Indeks Dollar telah ditolak sekali lagi pada tahap 81.50 dan ini adalah sesuatu yang tidak baik untuk aliran kenaikkan harga. Indeks Dolar dilihat telah menembusi garisan aliran jangka pendek yang menyokong aliran menaik. Sepertimana yang telah dinyatakan pada analisis sebelum ini, tahap harga 81.50 adalah merupakan tahap rintangan yang paling penting kerana ia juga adalah merupakan tahap tinggi utama sebelumnya. Aliran kenaikkan harga perlu menembusi di atas tahap tersbeut bagi membolehkan aliran kenaikkan harga kekal sah.

Sebagaimana yang telah dinyatakan pada carta, Indeks Dollar dilihat telah menembusi di atas tahap sokongan jangka pendek. Kenaikan harga daripada tahap 79.75 bukanlah merupakan satu pergerakkan impulsif yang jelas. Tahap sokongan utama bagi Indeks Dolar ini dilihat terletak pada tahap 80.40. Sekiranya harga bergerak di bawah tahap tersebut, maka kita boleh menjangkakan tekanan jualan akan meningkat. Indeks dolar perlu mencari sokongan pada tahap 80.40 dan juga pada 80.25.
Carta harian menyatakan bagaimana tahap sokongan harian ini diuji. Sekiranya hari ini adalah merupakan hari pembetulan harga, maka segala-galanya adalah baik untuk aliran kenaikkan harga. Walau bagaimanapun, sekiranya tekanan menjual masih lagi berlanjutan, maka kita perlu meramalkan bahawa indeks akan mencapai pada tahap 80.40 tidak lama lagi. Ini adalah merupakan tahap sokongan utama. Para pedagang jangka pendek tidak perlu membuka kedudukan membeli sebagaimana stop loss jangka pendek telah pun ditembusi apabila harga jatuh di bawah tahap 81.05 yang mana ia adalah bersamaan dengan garisan aliran kami berada. Bagi para pedagang jangka panjang, anda seharusnya mempunyai stop loss pada tahap 79.75 dan perhatikan peluang untuk membeli sejurus selepas penarikan semula harga berlaku.
