logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 22 Januari, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 22 Januari, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 22 Januari, 2014

Huraian:

Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang positif (Indeks dolar ICE terdahulu 81.19 berbanding 81.09 pada awal hari Rabu), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi ditengah-tengah ramalan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan akan melanjutkan pemotongan program pembelian bon di dlaam mesyuarat yang dijadualkan akan berlangsung selama dua hari bermula pada 29 Jan, dan pelonggaran ultra dasar monetari oleh Bank Jepun. pada hari Rabu, BoJ telah sebulat suara mengekalkan dasar kenaikkan asas kewangan pada kadar tahunan Y60 trilion-trilion Y70 dan permintaan dari pengimport Jepun. Tetapi kenaikkan harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah dihadkan oleh Penjualan pengeksport Jepun. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, tetapi stokastik kini berada di dalam mod menaik.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 103.5; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 103.2. Titik pangsi kekal berada pada tahap 104.5. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 104.75 dan sasaran kedua pada tahap 104.9.


Tahap Rintangan:
104.75
104.9
105.05

Tahap Sokongan:
103.5
103.2
102.9

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan