
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Akhirnya, aliran bagi pasangan mata wang GBP/CHF telah diterbalikkan daripada tahap 1.5120/30, sekaligus menembusi sokongan pertama yang terletak pada tahap 1.4700. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang agar kekal berada pada kedudukan menjual yang telah dibuka sejak minggu lalu (Jumaat) untuk masa sekarang. Selain itu, diramalkan bahawa akan terdapat pergerakkan kenaikkan ahrga ke arah tahap 1.4900/50, sebelum penurunan harga yang selanjutnya. Risiko kedudukan menjual kini terletak pada tahap 1.5150.
2. Rintangan yang paling hampir terletak pada tahap harga 1.5120/30, manakala sokongan pula pada tahap 1.4550, dan masing-masing diikuti oleh tahap 1.4350 dan 1.4050. Aliran penurunan harga berkemungkinan akan mensasarkan pergerakkan ke arah tahap 1.4500/50 selepas penarikan semula harga berlaku.
3. Struktur ini menunjukkan bahawa tahap atas yang ketara berkemungkinan akan terletak pada tahap 1.5120/30 pada masa sekarang. Kesinambungan semula pergerakkan penurunan harga kini sedang berlangsung yang mana ia membawa kepada lanjutan pergerakkan harga pada tahap 1.4000.
Cadangan Perdagangan:
Kekal berada pada kedudukan menjual dan jual semasa kenaikkan harga, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 1.5150, dan sasaran pada tahap 1.4.
Semoga berjaya!
