logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Januari, 20144

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Januari, 20144

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 27 Januari, 20144

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga selepas mencecah pada tahap rendah tujuh minggu 101.77 pagi tadi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan ekoran daripada aliran safe heaven yen dan dana pembiayaan perdagangan JPY sewaktu peningkatan penghindaran risiko (Tolok ketakutan VIX melonjak sebanyak 31.74% kepada 18.14, S&P jatuh 2.09% pada hari Jumaat) akibat daripada kebimbangan pasaran yang baru tercetus, kelembapan ekonomi di China dan penirusan program ransangan Fed. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga didorong oleh kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan penjualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/PY ini telah dihadkan oleh permintaan dari pengimport Jepun dan Pelonggaran Ultra Dasar Monetari oleh Bank Jepun.

Ulasan Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah penurunan harga, manakala purata pergerakkan 5 dan 15 hari kini kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 102.25; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.9. Titik pangsi kekal berada pada tahap 103.05. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 103.55 dan sasaran kedua pada tahap 103.8.

Tahap Rintangan:
103.55
103.8
104.1

Tahap Sokongan:
102.25
101.9
101.75

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan