
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang GBP/CHF telah mengadakan kenaikkan aliran kaunter, sepertimana yang telah dibincangkan dan dijangkakan, ke arah sub rantau pada tahap 1.4900. Sebagaimana yang dapat anda lihat di sini, rintangan Fibonacci 0.618 terletak pada tahap 1.4960, yang mana ia boleh menjadi titik pembalikan harga yang seterusnya. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang agar kekal menjual dan membuka kedudukan menjual yang selanjutnya semasa kenaikkan harga. Risiko kekal terletak pada tahap 1.5150.
2. Rintangan yang paling hampir berada pada tahap 1.5120/30, manakala sokongan pula telah tersebar melalui 1.4550, dan masing-masing diikuti oleh tahap 1.4350, 1.4200 dan seterusnya tahap yang lebih rendah.
3. Keseluruhan struktur kini sedang beralih kepada aliran penurunan harga pada masa sekarang (tahap 1.5120/30 harus mengukuh). Kesinambungan aliran penurunan harga kini sedang menuju ke arah tahap 1.44 dan 1.4.
Cadangan Perdagangan:
Kekal berada pada posisi menjual dan buka posisi menjual yang selanjutnya semasa kenaikkan harga. Stop Loss ditetapkan pada tahap 1.5150, dan sasaran di tahap 1.4.
Semoga berjaya!
