Huraian Umum untuk 28/01/2014 08:10 CET
Idea pembentukan harga yang dikenali sebagai 'head and shoulder' pada hari semalam dilihat tidak berapa menjadi dan ia telah ditinggalkan pada masa sekarang. Selain daripada perkiraan ini telah dikemaskini, ia kini mencadangkan tahap tinggi yang berkemungkinan di dalam pasaran ini. Reaksi penurunan harga dilihat tidak mempunyai begitu banyak impulsif seperti yang sepatutnya, tetapi saya boleh melabelkan gelombang penurunan pertama ini sebagai 'leading diagonal'. Ini bermakna bahawa pada masa ini, harga kini sedang di dalam kitaran gelombang pembetulan hijau (ii) yang mana ia masih lagi belum selesai. Bentuk pembetulan harga yang dicadangkan ini kelihatan seperti pembentukan zigzag. Didapati bahawa gelombang b ungu hilang ke bahagian bawah dan gelombang kenaikkan yang terakhir, gelombang c ungu. Apabila pembetulan harga ini berakhir, aliran penurunan harga perlu diteruskan semula. Hanya penembusan harga di atas tahap 1.1171 yang akan membatalkan perkiraan ini.
Sokongan/Rintangan:
1.1186 - WR1
1.1171 - Ayunana Tahap Tinggi
1.1125 - 1.1134 - Tahap Utama
1.1118 - Rintangan Urusniaga Harian
1.1083 - Sokongan Urusniaga Harian
1.1062 - Pangsi Mingguan
1.1029 - Zon Sokongan Teknikal
Cadangan Perdagangan:
Posisi membeli seharusnya dibuka daripada tahap 1.1062 dengan menetapkan SL dibawah tahap 1.1029 dan TP di tahap 1.1125


