logo

FX.co ★ Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 28 Januari, 2014

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 28 Januari, 2014

Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 28 Januari, 2014

Tahap Sokongan dan Rintangan Hari Ini:

R3: 141.43

R2: 141.03

R1: 140.70

Spot Semasa: 140.44

S1: 140.12

S2: 139.68

S3: 139.15

Rumusan Teknikal:

Seperti yang telah dijangkakan, rintangan pada tahap 140.50-140.78 (tahap tinggi 140.70) telah melindungi pergerakkan menaik, walau bagaimanapun kami masih memerlukan penembusan harga di bawah tahap sokongan 139.68 untuk mengesahkan bahawa tahap tinggi telah ditembusi dan gelombang impulsif kuat yang lebih rendah seterusnya kini sedang membangunkan. Selagi sokongan yang terletak pada tahap 140.13 masih lagi belum ditembusi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat pergerakan kenaikkan harga sedikit lebih tinggi ke arah tahap 140.78 sebelum ia bergerak ke tahap yang lebih rendah.

Bagi perdagangan jangka masa pendek, penembusan harga di tahap 140.13 akan menjadi petunjuk pertama kami bahawa penurunan yang kuat seterusnya kini sedang membangun, manakala penembusan di bawah tahap 139.68 akan mengesahkan tahap tinggi untuk penurunan harga ke arah tahap 135.39.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual EUR daripada tahap 141.85 dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap 141.80. Sekiranya anda masih lagi belum menjual EUR, maka anda disarankan untuk menjual EUR berhampiran pada tahap 140.78 atau sebaik sahaja harga menembusi di bawah tahap 140.13 dengan stop loss yang sama, iaitu pada tahap 141.80.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan