logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 28 Januari, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 28 Januari, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 28 Januari, 2014

Aliran kenaikkan harga dilihat telah berjaya menembusi pada tahap harga baru (sekitar 1.1170) yang masih lagi belum ditembusi sejak tahun 2009.

Lonjakan kenaikkan harga inia adalah akibat daripada laporan data fundamental Amerika Syarikat yang positif pada beberapa minggu yang lalu.

Buat sementara waktu, mata wang USD dilihat telah gagal untuk mengekalkan keuntungan terhadap mata wang CAD, dan pasangan mata wang USD/CAD ini telah ditolak ke arah bawah sehingga hari semalam apabila kenaikkan harga impulsif yang seterusnya telah mula menguji semula harga pada tahap 1.1030 yang mana ia telah menyebabkan pembentukan cartalilin penyelubungan menaik harian.

Pasangan mata wang ini mempunyai zon sokongan utama di antara tahap harga 1.0700 dan 1.0750 mewakili had atas julat pengukuhan yang telah berjaya ditembusi pada bulan ini. Ujian semula harga pada zon ini berkemungkinan akan menawarkan kemasukan MEMBELI yang sah selama tempoh pertengahan ini.

Tahap rintangan utama yang seterusnya terletak di sekitar tahap 1.1230 bersamaan dengan 50% Tahap Fibonacci pada lanjutan pergerakan menurun sejak Mac 2009 yang berakhir pada Julai 2011.

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 28 Januari, 2014

Harga bagi pasangan mata wang ini telah ditolak dengan kuat ke arah atas selepas penolakan kenaikkan harga dinyatakan di garisan aliran menaik selanjutnya yang hadir untuk bertemu dengan pasangan mata wang di sekitar tahap harga 1.0650.

Ia diikuti dengan aliran kenaikkan harga di atas tahap 1.0720 (rintangan triple-top sebelumnya).

Pada hari Khamis yang lalu, cartalilin harian 'shooting star' telah dinaytakan pada ujian semula harga pada tahap 1.1090 dan seterusnya satu lagi cartalilin kenaikkan harga telah dinyatakan pada hari Jumaat yang mana ia telah menunjukkan kekurangan momentum kenaikkan harga.

Semalam, satu lagi pergerakkan menaik impulsif telah dimulakan pada ujian semula harga pada tahap 1.1030 yang mana ia kemudianya telah mengahsilkan cartalilin penyelubungan menaik harian. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan bergerak menuju ke arah tahap 1.1230 bagi perdagangan jangka masa pertengahan.

Zon SOKONGAN utama kini terletak pada tahap 1.0960-1.0900. Apa jua ujian semula harga yang selanjutnya berpotensi untuk menawarkan kemasukan pesanan MEMBELI yang sah dengan SL sebagai penutupan harian di bawah 1.0900.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan