

Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah terperangkap di dalam lanjutan zon julat harga lebar di antara tahap 1.5900 dan 1.6250 sehingga 27 November apabila penembusan kenaikkan harga berlaku.
Semenjak itu, aliran kenaikkan harga telah melindungi tahap 1.6250 sebagai tahap sokongan yang terkemuka. Satu lagi ujian semula kenaikkan harga telah berjaya berlaku pada pertengahan Disember sekaligus menolak pasangan mata wang ini sekali lagi ke arah atas.
Berdasarkan pada penembusan kenaikkan harga ini, pasangan mata wang GBP/USD ini mempunyai unjuran sasaran di sekitar tahap 1.6630 yang bertindak sebagai rintangan terkenal bagi pasangan mata wang ini.
Sepertimana yang telah dicadangkan, pembalikan penurunan harga telah dinyatakan semasa pasangan menguji semula tahap 1.6660 pada 24 Januari yang lalu.
Seperti yang digambarkan pada carta 4H, penstabilan empat jam di bawah zon harga 1.6440-1.6490 adalah wajib bagi membolehkan penurunan harga yang seterusnya berlaku. Penurunan harga akan segera berlaku ke arah tahap 1.6300 tidak lama kemudian.
Zon harga di sekitar tahap harga 1.6310-1.6330 adalah merupakan pertemuan sokongan untuk pasangan mata wang GBP/USD. Kemasukan membeli yang sah boleh diambil pada tahap ini dengan stop loss sebagai penutupan empat jam di bawah tahap 1.6275.
Penembusan 4H pada tahap 1.6300-1.6275 berkemungkinan akan membenarkan satu lagi aliran penurunan harga impulsif ke arah 1.6220 dan seterusnya berkemungkinan pada tahap 1.6130.
