Kita telah melihat pembetulan harga sebanyak 7% pada Dow. Harga diniagakan hampir dengan DEMA 200 tetapi apa yang lebih penting adalah harga telah menembusi RSI zon terlebih jual. Sama seperti Peralihan RSI sebelum ini, ia telah menyebabkan harga melantun kuat. Juga, urusniaga harga rendah yang selanjutnya akan membawa harga bergerak menuju ke arah garisan aliran/saluran sokongan. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli daripada cmp atau ambil pesanan secara perlahan-lahan semasa urusniaga harga rendah untuk 15k-15,300. Pembalikan harga di atas mana-mana tahap tinggi harian pada carta setiap jam juga berpotensi untuk menjadi isyarat pembalikan aliran. Kami telah melihat pembetulan harga di antara tahap 16,500-15,300 yang telah berlaku dalam tempoh yang singkat.
Dow kini berada di zon terlebih jual pada tahap harga semasa pada carta harian dan setiap jam. Setiap kali apabila RSI mencecah pada tahap 20, kita akan dapat melihat lantunan semula harga yang kuat. Bagi senario paling buruk, kita akan dapat melihat tahap 14,800-15,000. Pasaran akan menyatakan lantunan harga yang sedikit baik, sekiranya tahap rendah yang seterusnya ditembusi. Maka kita akan dapat melihat perbezaan yang positif di dalam RSI yang mana ia berpotensi untuk membawa harga bergerak ke arah aliran kenaikkan harga yang kuat. Kita dapat memerhatikan corak 'double bottom' pada tahap harga 15,356.
Sokongan: 15,300, 15,000, 14,800
Rintangan: 15,500, 15,700, 16000

Berdasarkan pada carta setiap jam, kita dapat lihat perbezaan yang positif di dalam RSI daripada tahap 15,880. Oleh itu, harga berkemungkinan akan kembali ke tahap yang terletak di sekitar 15,700-15,800.
Rintangan Intra: 15,478, 15,532, 15,700
Cadangan Perdagangan-
Di bawah tahap 15,356, harga dilihat akan jatuh sebanyak 300-500 points, yang mana ia akan menjadi titik terbaik untuk mengambil pesanan.

Cadangan Perdagangan-