logo

FX.co ★ Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 06 Februari, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 06 Februari, 2014

Tahap Teknikal Urusniaga Harian USD/CAD dan Cadangan Perdagangan untuk 06 Februari, 2014

Aliran kenaikkan harga telah berjaya menembusi tahap tinggi baru (sekitar tahap 1.1220) sejak tahun 2009.

Buat sementara waktu, mata wang USD ini dilihat telah gagal untuk mengekalkan keuntungan terhadap mata wang CAD, dan harga bagi pasangan mata wang USD/CAD ini telah ditolak ke arah bawah, dengan itu ia akan menyatakan kelemahan momentum kenaikkan harga yang berterusan. Ini dimanifestasikan di dalam cartalilin harian beberapa minggu kebelakangan ini dan juga sesuatu yang berterusan seperti yang digambarkan pada carta.

Zon rintangan yang terkenal terletak di sekitar tahap 1.1230-1.1250, yang mana tahap ini adalah bersamaan dengan tahap Fibonacci 50% daripada pergerakan menurun yang telah berlanjutan sejak Mac 2009 dan berakhir pada bulan Julai 2011.

Pasangan mata wang ini mempunyai zon sokongan utama di antara tahap 1.0700 dan 1.0730, yang mana tahap-tahap ini mewakili had atas julat pengukuhan yang telah pun ditembusi pada bulan lalu. Destinasi seterusnya yang berkemungkinan bagi pasangan USD/CAD adalah pada zon harga 1.0700-1.0730.

Ujian semula harga pada zon ini berkemungkinan akan menyediakan kemasukan BELI yang sah untuk tempoh dagangan pertengahan ini.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan