Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang bergerak secara perlahan di bawah tahap rintangan 1.6326. Buat masa ini, pasangan masih lagi berdagang dalam aliran kenaikkan harga, sebagaimana pasangan GBP/USD telah membentuk fraktal pada garisan aliran, oleh itu pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan terus mendapat sokongan kuat pada garisan aliran. Petunjuk MACD kekal berada di dalam lingkungan negatif, oleh itu prospek penurunan harga masih lagi kekal sah.

Carta 4H: Rintangan yang terletak pada tahap 1.6336 masih lagi meneruskan pengukuhan kecenderungan penurunan harga bagi pasangan GBPUSD, sebagaimana pasangan mata wang ini gagal untuk mengukuh di atas tahap harga ini. Walau bagaimanapun, GBP/USD dilihat masih mencari sokongan pada garisan aliran menurun berhampiran pada tahap 1.6250. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6336, maka harga diramalkan akan meningkat hingga ke tahap 1.6435. Petunjuk MACD masih lagi berada di dalam wilayah positif.

Carta 1H: Pasangan mata wang ini masih berada di dalam titik kawalan, yang mana ia telah terbentuk di atas tahap sokongan 1.6291. Pasangan mata wang GBP/USD cuba untuk mengukuh kembali di bawah tahap tersebut, namun gagal. Pasangan mata wang kini sedang cuba untuk menembusi tahap rintangan pada 1.6338. Sekiranya berhasil, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6375. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.6291, take profit di tahap 1.6252, dan stop loss pada tahap 1.6329.
