logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Feburari, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Feburari, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 07 Feburari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD kini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga sebagaimana pasaran kini sedang menunggu laporan mengenai gaji bukan perladangan AS. Kadar harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah disokong oleh permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY tengah-tengah selera risiko pelabur yang positif, sentimen dolar yang melemah, pendirian yang agresifoleh Bank Rizsb terhadap dasar monetari New Zealand dan harga komoditi yang lebih kukuh. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD telah terjejas akibat daripada penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan mata wang AUD/NZD mengukuh dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana stokastik kini kian meningkat daripada zon terlebih jual; bar histogram MACD kini kelihatan negatif.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.828 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.834. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.818, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.814. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8215.

Tahap Rintangan:
0.828
0.834
0.84
Tahap Sokongan:
0.818
0.814
0.81

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan