logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Feburari, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Feburari, 2014

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 07 Feburari, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan stabil dengan kecenderungan penurunan harga sebagaimana pasaran kini sedang menanti keputusan laporan mengenai gaji bukan perladangan AS. Sentimen CHF telah dirangsang oleh kenaikan indeks sentimen pengguna Switzerland yang mencatatkan 2 kenaikkan bagi tempoh tiga bulan sehingga Januari berbanding penurunan 5 pada suku sebelumnya. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga dilemahkan oleh permintaan mata wang franc sewaktu pasangan CHF/JPY mengukuh dan sentimen dolar yang melemah. Tetapi kerugian bagi bagi pasangan mata wang USD/CHF ini telah dihadkan oleh penurunan dalam permintaan 'safe-heaven' sewaktu selera risiko pelabur kian bertambah baik, penjualan franc semasa pasangan mata wang EUR/CHF mengukuh dan pelarasan kedudukan sebelum hujung minggu. Carta harian berkecenderungan negatif sebagaimana MACD kini berada di dalam aliran penurunan harga, stokastik dilihat telah beralih kepada penurunan harga, dan corak penurunan harga 'outside-day-range' telah selesai pada hari Khamis.


Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8965 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8935. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.906, penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.908. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9025.

Tahap Rintangan:
0.906
0.908
0.91

Tahap Sokongan:
0.8965�
0.8935�
0.89�

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan