
AUD/USD Gelombang Elliott
Pasangan mata wang AUD/USD telah memulakan dagangan pada minggu ini pada tahap yang lebih tinggi, membangunkan gelombang impulsif (v) (berwarna hitam) pada gelombang yang lebih besar [i] (berwarna hijau). Semalam, di awal sesi dagangan London, kita telah dapat memerhatikan pergerakkan kenaikkan harga yang ketara daripada tahap 0.8900 yang mana ia telah dilabelkan sebagai pengakhiran gelombang (v). Gelombang [i] sepatutnya berakhir pada hari ini di sekitar tahap 0.9075 - 100% gelombang 5 adalah bersamaan dengan gelombang 1, dan ia berkemungkinan akan menawarkan kita satu lagi isyarat menjual baru untuk gelombang [ii] terhadap tahap 0.9150. Selaras dengan peraturan gelombang kami dan mengambil kira bahawa gelombang 2 perlu menjejaki semula 50% daripada gelombang 1, maka kita boleh menentukan sasaran yang berpotensi dengan mengukur gelombang 1 dengan meletakkan kedudukan Take Profit pada tahap 0.8866 (50% daripada gelombang 1). Pedagang Swing perlu menunggu sehingga harga ditarik semula di dalam gelombang [ii] sebelum mereka boleh menyertai pembeli yang sepatutnya muncul dalam pasangan mata wang utama ini tidak lama lagi.
Sokongan dan Rintangan
(S3) 0.8865, (S2) 0.8885, (S1) 0.8917, (PP) 0.8937, (R1) 0.8969, (R2) 0.8989, (R3) 0.9021.
Ramalan Perdagangan
Prosiding daripada peraturan gelombang Elliot pada hari ini, arah aliran dijangkakan akan memulakan pergerakkan menurun. Itulah sebabnya kedudukan menjual akan berada pada tahap 0.9075 dengan meletakkan kedudukan stop loss pada tahap 0.9150 dan Take Profit pada tahap 0.8866 adalah dicadangkan.
